Aku nak cakap pasal hidup laki bini. pasal jaga aib.
Orang cakap laki bini kena jaga aib sesama pasangan. Ya, itu memang ada dalam syariat Islam. bukan setakat jaga aib pasangan, tapi aib orang lain juga. Tapi zaman sekarang dah vice versa. kita kalau tahu pasal aib orang, cepat2 kita nak screen shoot dan jadikan bahan di facebook. maka beramai-ramailah umat manusia akan saling membahan aib tersebut.
Ada kisah seorang isteri yang mana suami dia ni womanizer. jenis tukar-tukar pasangan. suka sembang lucah kat beetalk. suka buat hubungan kelamin dengan macam-macam perempuan. malah masa isteri sedang berpantang, pelbagai lapisan perempuan dia bawa naik atas katil kelamin diorang dan bersetubuh secara haram. dan si suami menjaja cerita bukan-bukan pada family dia bahawa isteri nya yang jalang. ada bf lain.
sampai satu hari, isteri hilang sabar dan beri bukti sembang lucah..gambar perempuan..gambar kote si suami yang suami kirim pada perempuan lain..bukti sembang dengan perempuan lain selesai buat seks. semua. beri pada group family lelaki.
kau rasa apa yang isteri dapat? hinaan dari keluarga si lelaki. kononnya aibkan anak lelaki dia. isteri yang tak jaga aib suami.hahahaha....gatal bulu ketiak aku dengar kemarahan family lelaki tu. kalau dapat kat aku..memang aku pijak2 adik macam ni.
mereka bercerai dan berebut hak jagaan anak. poodahcitt la. jantan macam ni kalau berebut anak sebab nak aniaya perempuan je. kau rasa dia betul nak jaga? kirim salammm. tapi bekas bini ni baik hati sangat. bila aku suruh declare perangai bekas laki dia..dia jawab, "kesian la madam. nanti anak saya besar tanpa kasih sayang ayah". hmmm..aku hormat je keputusan dia.
hingga satu saat menjelang hari untuk permohonan kes hadhanah..berlaku beberapa perkara yang mengejutkan pada perlakuan anak dia sejurus diambil balik dari bekas laki. pandai buat perlakuan lucah dan sebut perkataan lucah. dia siap cursing mama dia. elllooo...budak umur 3 tahun ni macam parrot. dia ulang je butir perkataan tanpa tahu maknanya.
dan aku ajar dia untuk keluarkan semua bukti dan ubah permohonan. tiada kebenaran bermalam. hanya visit 2 jam 2 minggu sekali. dey..tak perlu lah besarkan anak dengan lelaki perangai macam tu. oh..lelaki ni gila. even masa dalam perkahwinan..dia akan paksa isteri terima video call dia semata2 nak tunjuk kote dia pada wife dan masa tu time kerja. penat kot nak tengok kote dia je setiap jam. mengganggu waktu kerja. sabar2 lah tunggu balik rumah je.
Alhamdulillah. masa hearing dia follow semua. YA hakim yang bijaksana benarkan permohonan. yeayyy..happy for her.
kadang-kadang benda2 ni macam ni buat aku happy buat welfare macam ni. people move on in life. aku tak pandai kaunseling orang. maybe aku takde horror history yang bolehkan aku nasihatkan atau kaunseling orang. tapi aku ada knowledge yang buat orang celik mata dan move on. bukan senang nak buat orang move on. bukan happy orang bercerai. tapi kalau perceraian tu buat orang tu lagi happy..dari jadi punching bag dan sex slave semata, why not kan?
kesimpulannya kat sini, kau boleh cerita aib kau laki bini pada orang yang berhak. kaunselor berdaftar, peguam, family, jawatankuasa pendamai, hakam, dan hakim. dengan maksud kau nak cari solusi dan penyelesaian capai keadilan. tapi kalau kau jaja merata bercerita dalam public..maka itu memang kau buka aib. dan please jangan simpan dari pengetahuan mahkamah syariah. reveal, supaya mahkamah dapat buat keputusan yang adil,