Lama tak update blog. Entri kali ini adalah dedikasi untuk ayahanda tercinta, yang baru sahaja tinggalkan kami sekeluarga tanggal 1 Mac 2019 nan lalu. Ini adalah hari ke-7 ayah pergi tinggalkan mak.
Ayah dan mak telah berumahtangga lebih kurang 54 tahun. Masa usia ayah 25 tahun dan usia mak 16 tahun. Ayah kacak macam muka campuran benggali. Mak pula muka jawa sejati. Tapi tidak pernah sekali ayah terjebak dengan episode jatuh cinta kepada wanita lain selepas berkahwin sama sekali. Alhamdulillah.
Rumahtangga mana yang tidak ada ujiannya. Mak dan ayah juga diuji tatkala ayah semakin tua dan sakit. Bukan diuji dengan curang atau tak setianya mana-mana pihak. Tetapi Allah bagi mak untuk tingkatkan kesabaran sebagai isteri semasa ayah makin berumur. Ada sahaja benda tidak kena, pasti ayah marah-marah dan membebel kepada mak. Isu jadi ketua blok, isu sediakan makan minum pekerja lading Indonesia, isu salah letak barang, isu pinggan mangkuk. Mak jadikan kami adik beradik sebagai tempat mencurah rasa. Kami sabarkan mak dengan macam-macam alasan. paling kerap aku katakan, "ayah tu andropause, gejala menopause lelaki". juga kerana hormone tidak stabil dek keperluan kepada insulin. maka, ayah dan sikap marah-marah berpisah tiada. sampai pernah mak rasa merajuk nak lari rumah. tapi mujur mak masih sabar dan pemaaf.
Ayah sebagai suami dan ayah.
Walau mungkin hujung hayatnya, ayah jadi pemarah dan perengus tetapi sepanjang perkahwinan, ayah adalah lelaki yang sangat baik dan bertanggungjawab. Ayah boleh tukar lampin anak-anak tanpa mengeluh, ayah boleh jaga anak-anak sendirian dan lepaskan mak menonton wayang dengan kawan-kawan, ayah boleh memasak mihun sup yang sedap, ayah tak kisah mak masak apa-apa tanpa pernah complaint tak sedap atau sebagainya. Ayah sentiasa beri kad atm felda untuk mak pegang dan uruskan belanjawan rumah, malah semasa gaji dibayar cash pun ayah beri mak kesemuanya, ayah hanya ambil 200-300 sahaja untuk minyak motor dan keperluan diri.
Ayah seorang yang setia. Walau ayah perlu pergi kerja merata sebagai askar wataniah dahulu, tetapi cintanya tetap pada mak sahaja. Tidak pernah ayah berlaku curang sebab ayah tahu mak dan anak-anak adalah harta dan sumber ayah cari pahala di dunia. Dari segi kerja juga, ayah setia pada satu syarikat begitu lama. Walau hanya pengawal keselamatan, tetapi ayah cukup bahagia dengan jawatan yang dia ada. Kenapa ayah tidak hanya jadi peneroka mengait sawit? Ayah tidak boleh kait kelapa sawit dan buat kerja berat sangat. Tangannya pernah cedera ditembak oleh saudara mara sendiri akibat konflik keluarga. Maka, ayah tidak berpoya-poya di rumah kerana kelemahan tangannya. Sebab itu ayah gigih bekerja sebagai pengawal keselamatan adanya. kerana ayah tahu, dia ada 8 mulut untuk diberi makan dan 7 anak-anak yang perlu disekolahkan.
Ayah tak berat tulang. Seorang suami yang boleh diharap untuk tolong buat kerja dapur. Contohnya basuh pinggan dan kemas dapur. Tetapi selalunya mak akan basuh semula pinggannya, sebab kata mak ada sabun lagi atau masih licin dek minyak berbaki. :')
Ayah memang tipikal lelaki Melayu. Yang punya ego tinggi sebagai lelaki. Tetapi ayah tahu bilamasa untuk rendahkan ego sebagai ayah dan suami.
Perginya ayah tinggalkan kami dengan mudah sekali. Walau hayatnya ayah bukanlah seorang yang selalu mengaji alquran, tetapi ayah menjaga solatnya. 7 anak ayah semuanya pandai mengaji alquran. Walau ayah bukanlah dari kalangan ustaz yang hebat ilmu agamanya, tetapi Allah swt ringankan sakaratul maut ayah dengan senang sekali. Ayah adalah seorang lelaki biasa. Tetapi aku percaya khusnul khatimah dan keringan sakaratul maut yang ayah dapat adalah dari perilaku sebagai ayah dan suami yang luar biasa.
Buat semua yang bergelar suami, percayalah bahawa jika kalian menjaga hubungan dengan Allah, menjaga hubungan dengan anak dan isteri, sentiasa setia dan percaya pada kasih sayang keluarga, insyallah pengakhiran yang baik juga akhir hayat nanti. Isteri, tidak perlukan suami seorang ustaz atau ulama' untuk menempah sebuah syurga. Sebaliknya cukup seorang suami yang biasa, sederhana tetapi sentiasa menjaga hubungan baik dengan keluarga dan mengajak isteri dan anak-anak berbuat kebaikan di dunia sesama manusia..selain menjaga kehormatan diri sendiri dan keluarga.
damailah ayah di sana. ayah sentiasa yang terbaik di hati kakak.
Al-fatihah
Haji Abdul Hamid bin Mohamed
23 Ogos 1940 ~ 1 Mac 2019
Wednesday, March 6, 2019
Thursday, September 21, 2017
ini pasal hadhanah
Petang ini saya melayan pertanyaan dari seorang ibu tunggal bernama Nora tentang hadhanah dan nafkah anak-anak.
Sambil menunjukkan bil peguam syarie yang sudah menjangkau RM10,000.
"Berbaloikah apa yang saya buat ni madam? bayar peguam puluh ribu untuk perjuangkan nafkah anak2 yang berapa ratus ringgit dan entah dia bayar atau tidak." dia mengeluh.
"Nora..memang penat. saya tahu. awak pun tak tahu sampai bila akan berakhir perjuangan awak ni kan? tapi percayalah. tiada kisah sia-sia yang Allah aturkan utk tiap hambaNya. perjuang ini untuk anak-anak awak. biarlah berapa lama dan berapa banyak awak laburkan, asalkan awak dah berjuang untuk satu perintah. sekurang-kurangnya bila ada perintah di tangan, itu adalah satu kelegaan" saya cuba meyakinkan Nora untuk tidak give up.
"Terima kasih madam sebab bagi semangat". Nora balas sayu.
Sungguh! kalau bercakap tentang perjuangan untuk dapatkan hak jagaan anak dan nafkah anak ni, memang melelahkan dan macam-macam cerita. tak payah madam cerita tentang kelayan madam atau geng cherry blossom, dalam paper dan fb pun banyak kan kisah ayah bawa lari anak, mak tak bagi ayah jumpa anak, mak drama queen pura-pura sakit, ayah psiko sibuk nak jaga anak. banyak ok.
ada mak yang dah letih sangat, give up. serah bulat-bulat anak-anak kat ayah. orang label mak ni spesies tak sayang anak. ayah pun ambil kesempatan cerita buruk2 pasal mak anak-anak. Ada ayah yang prihatin, bagi hak jagaan kat mak. Tapi mak pula buruk-buruk ayah anak-anak dengan macam-macam cerita. dengan muka minta simpati, dengan gambar anak-anak dijadikan modal di FB. orang label ayah jahat macam ifrit pula dah. padahal jumpa ifrit pun tak pernah.
perceraian tu sebenarnya adalah tentang suami dan isteri, bukan ibu dan ayah. korang tetap ibu dan ayah anak2 tu/ kalau ko rasa ko bukan ibu atau ayah yang baik, tak payah gaduh. serahkan hak jagaan pada bekas pasangan korang tu. kalau ko ayah, pastikan tak culas bagi nafkah. kalau ko ibu, pastikan ko selalu ziarah. mahkamah akan tengok kebajikan anak-anak. korang jangan guna emosi bangang korang tu sebagai alat. konon nak dera mak budak-budak tu atau nak mak budak-budak tu balik pada ko, culik dan bawa lari. ko brain wash pula anak-anak ni, cakap mak dia sundal..perempuan tak bagus..ada jantan lain. walhal hidup ko yang gelumang maksiat dan dosa.
tak perlulah brainwash anak-anak dengan cerita bukan-bukan. kalau takde sperma lelaki, ko tak ngandung. kalau takde ovum perempuan pun, ko bukan ada rahim nak bawa baby 9 bulan 10 hari. ingat..yang pisah korang. bukan title mak atau ayah tu. mungkin kau rasa menang kat dunia sebab dapat burukkan bekas pasangan masing-masing. tapi kat akhirat? boleh menang ke?
walau penat macammana pun nak fight untuk hak anak-anak, teruskanlah sampai dapat perintah. kalau dia tak nak bayar, usahakan sampai dia masuk penjara atau isytihar bankrap. boleh ke? boleh. sebab bila ada perintah, bermakna ianya dah jadi arahan yang wajib. kalau gagal, bermakna dia hutang. dan kalau makin menimbun, kita saman dia untuk penghutang penghakiman. itu stage lain. yang penting, jangan give up perjuangkan hak anak-anak.
notakaki: jantan keleper ni, part nafkah pun nak kena ingatkan sampai turun naik mahkamah. kalau semua lelaki faham tanggungjawab, tak payah susah2 ko minta perintah.

Wednesday, September 20, 2017
"madam..saya nak bela anak luar nikah suami saya ni"
Saya memandang muka Riana dengan mata terbeliak.
"Apa? Awak bayar semua kos rawatan skandal suami awak masa dia hamil? Habis suami awak mana? Pergi cari kebun baru nak tabur benih sperma tempat lain pula?"
Dia senyum. Saya tahu dia dah terlalu letih melayan kisah hidup sendiri dan melawan perasaan sendiri.
"entahlah madam. aturan Allah untuk saya macam ni. kalau saya tak rawat, kesian budak perempuan tu. memang dia dari family huru hara. dia balik atau tak, mak ayah tak kisah. dia hidup ke mati ke, mak ayah tak ambil tahu. saya membayangkan keadaan akan jadi lebih buruk dan teruk kalau saya tak tolong dia"
saya pandang muka dia dengan sepenuh hormat dan kagum.
Bukan mudah untuk seorang isteri membuat perkara demikian. budak perempuan itu bukan madu, tetapi hanya skandal suami yang akhirnya hamil. tidak perlu DNA. memang dia yakin itu benih suaminya. dan ini bukanlah kali pertama suaminya punya skandal. cuma inilah pertama kali seorang gadis mengaku hamil pada dia.
Mulanya dia bercadang mengambil anak itu sebagai anak angkat, tetapi atas nasihat orang yang lebih berpengalaman, dia akhirnya serahkan anak itu kepada pasangan lain yang lebih memerlukan dan mampu beri kasih sayang yang lebih baik.
Riana dan suami akhirnya bercerai setelah entah berapa banyak skandal yang suaminya punya. Bukan orang hebat. Gaji pun sekadar cuma. Hanya bermodal mesin tebu di pinggir bibir dan sedikit rupa dihias jambul G-Dragon dan cermin mata hipster ala Haha Running Man, itu sudah cukup membuat para gadis tertawan. sekali lagi, status suami orang tolak tepi.
Tolakan dan Tarikan. itu jawapan kalau hal orang ketiga. yang diluar sana menarik si suami sebab si suami beri ruang tarikan. yang didalam pula iaitu isteri memberi tolakan. mungkin penat dengan tugas sebagai isteri dan ibu dan kerja pejabat, mungkin juga penat dengan karenah suami yang kerap berskandal atau mungkin juga sikap panas baran yang tidak dapat dikawal atau factor kewangan. ye, duit selalu buat laki bini gaduh.
Kalau bab duit, ada isteri bekerja untuk bantu suami. Jadi suami mohon hargai. Make sure portion sumbangan anda sebagai suami lebih besar dari isteri. Makan minum dan pakaian anak isteri serta rumah ialah keutamaan anda. mungkin isteri boleh bantu bayarkan bil air dan elektrik atau astro dan internet. Mungkin juga isteri bayarkan kereta sahaja. Terpulang. Ianya bukan tentang sama rata, sebab isteri adalah tanggungan suami dan mereka bekerja untuk bantu ringankan beban, bukan menanggung sepenuh beban.
ada suami yang lepas tangan bila gaji isteri lebih besar dari dia, "gaji awak kan lagi besar. belilah pampers anak tu". gaji ko buat beli apa pulak shaytonn? beli rokok? pasang skirting kereta? tukar color motor? beli vape?
rumahtangga ni tentang give and take. bila kau sebagai lelaki, kau kena faham bahawa kau kena tanggungjawab. memang kau banyak kena give. memang kau kena tanggung banyak hal. sebab itulah yang akan jadikan kau lelaki sejati, suami mithali. isteri pula, jangan ambil kesempatan pijak kepala. minta sesuatu biar berpada-pada. kau kena faham berapa gaji laki ko, berapa yang dia kena tanggung. kalau dia bagi, syukur. kalau dia tak bagi, sebab dia memang ada masalah kewangan atau dia kesempitan..sila faham. tak payahlah nak canang kat serata alam yang laki kau tak bagi nafkah. check smula makan pakai, rumah, kereta, duit dapur, pampers anak-anak, belanja sekolah anak-anak...dia bagi tak? kalau dia bagi, maknanya dia faham part nafkah. tapi kalau dia keluar statement, "gaji awak kan lagi besar. belilah sendiri"..maka silalah ambil masa untuk perbaiki rumahtangga tersebut.
Madam pun tak perfect. cuma hidup rumahtangga ni kena banyak komunikasi. kena banyak bersabar. kena banyak cakap maaf. kena belajar memaafkan dengan limitasi (kalau asyik skandal bertubi-tubi, bagi je makan kaki). kena cari salah sendiri sebelum salahkan pasangan. kena ikhlas kerana Allah.
notakaki: perempuan bukan minta banyak, minta setia je. tak perlulah jadi makhluk yang suka buat pancutan sperma berirama secara bersepah ke mana-mana vagina yang tak halal bagi uols. cukup-cukuplah jadi hanatt. sebab tak tau mati tu bila.

ini pasal orang ketiga!
Pagi-pagi lagi madam sudah terima panggilan telefon dari dia, si ibu tunggal jelita. madam kenalkan sebagai Mira sahaja.
"Madam..madam..tolonglah buat cerita pasal orang ketiga. Pasal yang tak semua orang ketiga ni jahat. ada yang sebenarnya tak nak pun, tapi entahlah. naluri dan takdir".
Mira terus bercerita tentang dilema yang dia hadapi.
"Mira..mira...awak dah pernah rasa kan macammana bila suami awak ada perempuan lain kan?"
"Tahu madam. saya tak nak. tapi entahlah. saya cuma rasa perasaan yang tak pernah saya rasa sebelum ni. tak ade org lelaki yang layan saya baik macam ni"
"Mira..senangnya macam ni, kalau isteri dia setuju bermadu dengan awak..tak salah. asalkan lelaki tu mampu adil. walau sebenarnya adil tu susah sangat2 nak dapat. dan awak kena sedia untuk tak jealous, untuk redho dan untuk segala2 ujian bermadu".
"saya tak nak tu semua madam. saya cuma rasa diberi perhatian bila dia buat saya macam ni"
"dan tak mustahil..jika satu hari nanti kalau awak kahwin dengan dia, dia jumpa org dalam situasi awak..dia akan prihatin juga. pendek kata, org2 baik yang konon prihatin ni, kena berwaspada. benda ni tak mustahil berulang".
"saya faham madam. saya memang tak nak"
Madam cuba yang terbaik untuk nasihat dia buat pilihan, bersedia hidup bermadu atau elakkan terjerat dengan mainan cinta dengan laki orang. Sebenarnya laki kita bukan milik kita. Pinjaman je. Dan kalau kita sudi berkongsi pinjaman tu dengan orang lain, maka bersedialah untuk macam-macam ujian dan dugaan. mental dan emosi kena kuat dan bersedia. kadang-kadang bukan pasal kemampuan material, tapi kemampuan untuk buat isteri-isteri tak cemburu satu sama lain atau tak kecik hati.
Dan mudah ke nak jaga hati perempuan ni? Hmm..susah nak hurai. Madam pun kadang-kadang tak pandai nak jaga hati sendiri, inikan pula nak suruh orang lain jaga kan. ko raser??
Bagi yang dah bersedia poligami tu, terpulanglah. yang penting kuat emosi dan mental. jangan nanti laki kau balik rumah bini tua, ko asyik call cakap kena gigit semut lah, cicak masuk jamban lah, selipar putuslah. semua benda yang entah hapa hapa entah. dan bagi yang tengok je ni, jangan banyak mulut kalau madu dia pun dah bagi izin dan tak cakap ape. itu kehidupan diorang. hormat pilihan diorang. tak payah jadi makcik bawang.
sebenarnya tak boleh nafikan naluri 'gedik' seorang wanita. serious. dulu-dulu madam pun kalau orang lelaki prihatin sikit, kita dah rasa suka semacam. (zaman belum kahwin lah). lelaki tu cakap, "jangan sedih-sedih. chill. awak kuat" kita dah rasa motivasi teramat sangat. walhal ada ramai kawan-kawan kita yang perempuan dah beri ayat yang sama. tapi kita memilih untuk tak hadam ayat-ayat motivasi kawan kita tu. tapi yang lelaki punya ayat, terus kita hadam sampai adrenalin merecik sana sini hawau.
hidup ni pasal pilihan. lelaki boleh pilih untuk pasang jerat acah-acah alim warak. dengan ayat berbaur abuya hamka bercampur ayat abuya alarqam, maka perempuan dah nampak lelaki tu macam malaikat atau superhero yang boleh selamatkan hidup dia dan hati dia dalam kegelapan. ya, walaupun laki orang. benda tu dah tak jadi penting lagi. yang penting, dialah penawan hati beta. so, yang perempuan ni pula boleh juga memilih samada untuk meneruskan atau menolak. kalau memilih untuk melayan, maka kemungkinan besar anda pula adalah pencetus kegoyahan rumahtangga orang lain.
lelaki pasang perangkap. perempuan boleh pilih nak masuk atau nak keluar. senang cerita, kenali perangkap sebelum masuk. tapi kalau dah tahu lelaki tu suami orang dan memang kita bersedia, maka pesan madam..kuatkan sahaja hati dan mental itu.
notakaki: suami orang memang ada mesin tebu tepi bibir. jadi, sila hati-hati.

Friday, August 18, 2017
aib laki bini: kat mana limitasi?
Aku nak cakap pasal hidup laki bini. pasal jaga aib.
Orang cakap laki bini kena jaga aib sesama pasangan. Ya, itu memang ada dalam syariat Islam. bukan setakat jaga aib pasangan, tapi aib orang lain juga. Tapi zaman sekarang dah vice versa. kita kalau tahu pasal aib orang, cepat2 kita nak screen shoot dan jadikan bahan di facebook. maka beramai-ramailah umat manusia akan saling membahan aib tersebut.
Ada kisah seorang isteri yang mana suami dia ni womanizer. jenis tukar-tukar pasangan. suka sembang lucah kat beetalk. suka buat hubungan kelamin dengan macam-macam perempuan. malah masa isteri sedang berpantang, pelbagai lapisan perempuan dia bawa naik atas katil kelamin diorang dan bersetubuh secara haram. dan si suami menjaja cerita bukan-bukan pada family dia bahawa isteri nya yang jalang. ada bf lain.
sampai satu hari, isteri hilang sabar dan beri bukti sembang lucah..gambar perempuan..gambar kote si suami yang suami kirim pada perempuan lain..bukti sembang dengan perempuan lain selesai buat seks. semua. beri pada group family lelaki.
kau rasa apa yang isteri dapat? hinaan dari keluarga si lelaki. kononnya aibkan anak lelaki dia. isteri yang tak jaga aib suami.hahahaha....gatal bulu ketiak aku dengar kemarahan family lelaki tu. kalau dapat kat aku..memang aku pijak2 adik macam ni.
mereka bercerai dan berebut hak jagaan anak. poodahcitt la. jantan macam ni kalau berebut anak sebab nak aniaya perempuan je. kau rasa dia betul nak jaga? kirim salammm. tapi bekas bini ni baik hati sangat. bila aku suruh declare perangai bekas laki dia..dia jawab, "kesian la madam. nanti anak saya besar tanpa kasih sayang ayah". hmmm..aku hormat je keputusan dia.
hingga satu saat menjelang hari untuk permohonan kes hadhanah..berlaku beberapa perkara yang mengejutkan pada perlakuan anak dia sejurus diambil balik dari bekas laki. pandai buat perlakuan lucah dan sebut perkataan lucah. dia siap cursing mama dia. elllooo...budak umur 3 tahun ni macam parrot. dia ulang je butir perkataan tanpa tahu maknanya.
dan aku ajar dia untuk keluarkan semua bukti dan ubah permohonan. tiada kebenaran bermalam. hanya visit 2 jam 2 minggu sekali. dey..tak perlu lah besarkan anak dengan lelaki perangai macam tu. oh..lelaki ni gila. even masa dalam perkahwinan..dia akan paksa isteri terima video call dia semata2 nak tunjuk kote dia pada wife dan masa tu time kerja. penat kot nak tengok kote dia je setiap jam. mengganggu waktu kerja. sabar2 lah tunggu balik rumah je.
Alhamdulillah. masa hearing dia follow semua. YA hakim yang bijaksana benarkan permohonan. yeayyy..happy for her.
kadang-kadang benda2 ni macam ni buat aku happy buat welfare macam ni. people move on in life. aku tak pandai kaunseling orang. maybe aku takde horror history yang bolehkan aku nasihatkan atau kaunseling orang. tapi aku ada knowledge yang buat orang celik mata dan move on. bukan senang nak buat orang move on. bukan happy orang bercerai. tapi kalau perceraian tu buat orang tu lagi happy..dari jadi punching bag dan sex slave semata, why not kan?
kesimpulannya kat sini, kau boleh cerita aib kau laki bini pada orang yang berhak. kaunselor berdaftar, peguam, family, jawatankuasa pendamai, hakam, dan hakim. dengan maksud kau nak cari solusi dan penyelesaian capai keadilan. tapi kalau kau jaja merata bercerita dalam public..maka itu memang kau buka aib. dan please jangan simpan dari pengetahuan mahkamah syariah. reveal, supaya mahkamah dapat buat keputusan yang adil,

Monday, May 29, 2017
entri anniversary madam!
Ada apa dengan anniversary?
Dah 8 tahun usia perkahwinan madam dan suami. Tapi rasanya banyak benda lagi perlu belajar pasal tuan mat jack ni.
turun naik kehidupan rumahtangga dengan tuan mat jack. madam tak berapa reti nak moody. dah try, tapi tak jadi. half way je. ada orang boleh moody atau gencatan senjata sampai seminggu dengan suami. madam ni, jenis tak boleh. fikir dosa. fikir separuh tu sebenarnya salah kita.
entah. pada madam, apa jua isu dalam rumahtangga adalah sumbangan dari kedua2 belah pihak.
semalam, madam soal selidik seorang suami yang isterinya kata dia curang tahap berzina. sebelum ni, suami ni tak pernah cerita buruk pasal bekas isteri. bekas isteri je sentiasa ada isu dengan suami. dia siap bersumpah dia tak pernah berzina tapi dia akui berhubung dengan perempuan tu. tapi sebagai kenalan biasa je. bekas isteri ni agak garang. tahap dia belasah suami dia sebab baca mesej suami dengan perempuan tu.
kadang-kadang kita ni yang buka ruang untuk suami ada skandal dengan orang ketiga. kita sibuk tiada masa untuk layan dia sebab nak kejar cita-cita, kita garang dengan suami dan anak-anak sebab kita nak semua teratur dan berdisiplin, kita pegang semua kuasa veto untuk buat keputusan sebab kita lebih terpelajar dan gaji besar dari suami.
tapi ada juga jantan bangang yang tak bersyukur punya isteri yang patuh, baik, cantik dan sentiasa dulukan suami dalam semua urusan.
ya, benda curang ni subjektif. orang kalau nak curang, dia curang je. kadang-kadang tiada alasan. kadang-kadang sebab dia bosan orang yang sama. kadang-kadang sebab dia saje nak test market cuma. eh..tau tau mengena. sangkut pula. walau mungkin jerat tu mengena kat gadis indo yang gediks.
eh..tetiba jauh madam melalut.. dari anniversary - moody - sampai ngurat indo.
well, takde ucapan istimewa untuk suami tercinta. mood madam pun kelaut dalam hari ni. mungkin buka puasa kami dengan koko krunch sahaja hari ini atau pergi mana-mana masjid untuk makan nasi bungkus nanti.
okbai.

Thursday, February 16, 2017
"aku dah bercerai. gara-gara hutang bank"
terkejut saya bila dia maklumkan mahligai yang dibina 7 tahun lamanya, hancur di tengah jalan. semuanya gara-gara membuat loan untuk adiknya, atas permintaan ibu. sebagai anak lelaki, mana mungkin dia sanggup tolak permintaan ibu. itulah syurga dia.
pinjam tak banyak. RM80,000. atas nama dia dan isteri. semuanya berjalan lancar sehinggalah adiknya terpengaruh dengan satu pelaburan skim cepat kaya. fokus hilang. bisnes hancur. akhirnya bankrap. hutang piutang loan terpaksa dia yang bayar sebab atas nama dia.
di sinilah segalanya bermula. gaji semakin berkurangan untuk tampung famili gara-gara hutang 80k itu. isteri dah mula bising dan mengungkit. masing-masing mula bawa halatuju sendiri. akhirnya sakinah dan mawaddah itu hilang sedikit demi sedikit dalam rumahtangga yang bahagia.
pada saya, perkahwinan ini ada turun naik. ada pasang surut. dalam saat-saat dilanda masalah seperti ini, bincang, faham dan aturkan semula kehidupan adalah sangat penting. inilah saatnya untuk kita tengok warna sebenar pasangan kita. adakah dia nak pegang erat tangan kita dan sama-sama hadapi masa susah? atau dia nak lepaskan dan biarkan kita susah sendirian?. ya, inilah detiknya.
ya, ada suami yang berkata, "perempuan mana nak susah". hakikatnya perempuan kalau boleh nak susah sentiasa, tak payah senang pun tak apa. sebab banyak suami yang lupa diri bila dah senang. abai anak isteri, melaram macam bujang lagaknya. gebang nak hebat sahaja.
isteri...letak sedikit faham pada situasi. beri ruang dan peluang. atur semula jadual dan ekonomi kehidupan suami isteri andai ianya melibatkan wang. lihat sejauh mana suami berusaha untuk stabilkan segalanya.
suami..jangan ambil kesempatan atas pemahaman diberi isteri. tunjukkan usaha anda sebagai ketua keluarga. ingat...nafkah keluarga di pundak suami. dan nafkah isteri serta anak-anak adalah mendahului nafkah ibu, melainkan ibu yang sangat dhoif kehidupannya.
notakaki: bukan mudah untuk faham. ia mungkin ambil masa berpuluh tahun lamanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)