Wednesday, September 20, 2017

ini pasal orang ketiga!

Pagi-pagi lagi madam sudah terima panggilan telefon dari dia, si ibu tunggal jelita. madam kenalkan sebagai Mira sahaja.


"Madam..madam..tolonglah buat cerita pasal orang ketiga. Pasal yang tak semua orang ketiga ni jahat. ada yang sebenarnya tak nak pun, tapi entahlah. naluri dan takdir".


Mira terus bercerita tentang dilema yang dia hadapi.


"Mira..mira...awak dah pernah rasa kan macammana bila suami awak ada perempuan lain kan?"


"Tahu madam. saya tak nak. tapi entahlah. saya cuma rasa perasaan yang tak pernah saya rasa sebelum ni. tak ade org lelaki yang layan saya baik macam ni"


"Mira..senangnya macam ni, kalau isteri dia setuju bermadu dengan awak..tak salah. asalkan lelaki tu mampu adil. walau sebenarnya adil tu susah sangat2 nak dapat. dan awak kena sedia untuk tak jealous, untuk redho dan untuk segala2 ujian bermadu".


"saya tak nak tu semua madam. saya cuma rasa diberi perhatian bila dia buat saya macam ni"


"dan tak mustahil..jika satu hari nanti kalau awak kahwin dengan dia, dia jumpa org dalam situasi awak..dia akan prihatin juga. pendek kata, org2 baik yang konon prihatin ni, kena berwaspada. benda ni tak mustahil berulang".


"saya faham madam. saya memang tak nak"


Madam cuba yang terbaik untuk nasihat dia buat pilihan, bersedia hidup bermadu atau elakkan terjerat dengan mainan cinta dengan laki orang. Sebenarnya laki kita bukan milik kita. Pinjaman je. Dan kalau kita sudi berkongsi pinjaman tu dengan orang lain, maka bersedialah untuk macam-macam ujian dan dugaan. mental dan emosi kena kuat dan bersedia. kadang-kadang bukan pasal kemampuan material, tapi kemampuan untuk buat isteri-isteri tak cemburu satu sama lain atau tak kecik hati.


Dan mudah ke nak jaga hati perempuan ni? Hmm..susah nak hurai. Madam pun kadang-kadang tak pandai nak jaga hati sendiri, inikan pula nak suruh orang lain jaga kan. ko raser??


Bagi yang dah bersedia poligami tu, terpulanglah. yang penting kuat emosi dan mental. jangan nanti laki kau balik rumah bini tua, ko asyik call cakap kena gigit semut lah, cicak masuk jamban lah, selipar putuslah. semua benda yang entah hapa hapa entah. dan bagi yang tengok je ni, jangan banyak mulut kalau madu dia pun dah bagi izin dan tak cakap ape. itu kehidupan diorang. hormat pilihan diorang. tak payah jadi makcik bawang.


sebenarnya tak boleh nafikan naluri 'gedik' seorang wanita. serious. dulu-dulu madam pun kalau orang lelaki prihatin sikit, kita dah rasa suka semacam. (zaman belum kahwin lah). lelaki tu cakap, "jangan sedih-sedih. chill. awak kuat" kita dah rasa motivasi teramat sangat. walhal ada ramai kawan-kawan kita yang perempuan dah beri ayat yang sama. tapi kita memilih untuk tak hadam ayat-ayat motivasi kawan kita tu. tapi yang lelaki punya ayat, terus kita hadam sampai adrenalin merecik sana sini hawau.


hidup ni pasal pilihan. lelaki boleh pilih untuk pasang jerat acah-acah alim warak. dengan ayat berbaur abuya hamka bercampur ayat abuya alarqam, maka perempuan dah nampak lelaki tu macam malaikat atau superhero yang boleh selamatkan hidup dia dan hati dia dalam kegelapan. ya, walaupun laki orang. benda tu dah tak jadi penting lagi. yang penting, dialah penawan hati beta. so, yang perempuan ni pula boleh juga memilih samada untuk meneruskan atau menolak. kalau memilih untuk melayan, maka kemungkinan besar anda pula adalah pencetus kegoyahan rumahtangga orang lain.


lelaki pasang perangkap. perempuan boleh pilih nak masuk atau nak keluar. senang cerita, kenali perangkap sebelum masuk. tapi kalau dah tahu lelaki tu suami orang dan memang kita bersedia, maka pesan madam..kuatkan sahaja hati dan mental itu.


notakaki: suami orang memang ada mesin tebu tepi bibir. jadi, sila hati-hati.



2 comments:

  1. Setuju madam.. Sendiri tak sanggup bermadu tp rela jadi bini num 2, 3 & 4.. Penyakit cari sendiri! Eh emosi ��

    ReplyDelete
  2. Madu itu best..bermadu kurang best..madu itu indah bermadu indah dulu perit kendian madu itu ubat tp bermadu itu racun...ha3

    ReplyDelete