Wednesday, September 20, 2017

"madam..saya nak bela anak luar nikah suami saya ni"

Saya memandang muka Riana dengan mata terbeliak.


"Apa? Awak bayar semua kos rawatan skandal suami awak masa dia hamil? Habis suami awak mana? Pergi cari kebun baru nak tabur benih sperma tempat lain pula?"


Dia senyum. Saya tahu dia dah terlalu letih melayan kisah hidup sendiri dan melawan perasaan sendiri.


"entahlah madam. aturan Allah untuk saya macam ni. kalau saya tak rawat, kesian budak perempuan tu. memang dia dari family huru hara. dia balik atau tak, mak ayah tak kisah. dia hidup ke mati ke, mak ayah tak ambil tahu. saya membayangkan keadaan akan jadi lebih buruk dan teruk kalau saya tak tolong dia"


saya pandang muka dia dengan sepenuh hormat dan kagum.


Bukan mudah untuk seorang isteri membuat perkara demikian. budak perempuan itu bukan madu, tetapi hanya skandal suami yang akhirnya hamil. tidak perlu DNA. memang dia yakin itu benih suaminya. dan ini bukanlah kali pertama suaminya punya skandal. cuma inilah pertama kali seorang gadis mengaku hamil pada dia.


Mulanya dia bercadang mengambil anak itu sebagai anak angkat, tetapi atas nasihat orang yang lebih berpengalaman, dia akhirnya serahkan anak itu kepada pasangan lain yang lebih memerlukan dan mampu beri kasih sayang yang lebih baik.


Riana dan suami akhirnya bercerai setelah entah berapa banyak skandal yang suaminya punya. Bukan orang hebat. Gaji pun sekadar cuma. Hanya bermodal mesin tebu di pinggir bibir dan sedikit rupa dihias jambul G-Dragon dan cermin mata hipster ala Haha Running Man, itu sudah cukup membuat para gadis tertawan. sekali lagi, status suami orang tolak tepi.


Tolakan dan Tarikan. itu jawapan kalau hal orang ketiga. yang diluar sana menarik si suami sebab si suami beri ruang tarikan. yang didalam pula iaitu isteri memberi tolakan. mungkin penat dengan tugas sebagai isteri dan ibu dan kerja pejabat, mungkin juga penat dengan karenah suami yang kerap berskandal atau mungkin juga sikap panas baran yang tidak dapat dikawal atau factor kewangan. ye, duit selalu buat laki bini gaduh.


Kalau bab duit, ada isteri bekerja untuk bantu suami. Jadi suami mohon hargai. Make sure portion sumbangan anda sebagai suami lebih besar dari isteri. Makan minum dan pakaian anak isteri serta rumah ialah keutamaan anda. mungkin isteri boleh bantu bayarkan bil air dan elektrik atau astro dan internet. Mungkin juga isteri bayarkan kereta sahaja. Terpulang. Ianya bukan tentang sama rata, sebab isteri adalah tanggungan suami dan mereka bekerja untuk bantu ringankan beban, bukan menanggung sepenuh beban.


ada suami yang lepas tangan bila gaji isteri lebih besar dari dia, "gaji awak kan lagi besar. belilah pampers anak tu". gaji ko buat beli apa pulak shaytonn? beli rokok? pasang skirting kereta? tukar color motor? beli vape?


rumahtangga ni tentang give and take. bila kau sebagai lelaki, kau kena faham bahawa kau kena tanggungjawab. memang kau banyak kena give. memang kau kena tanggung banyak hal. sebab itulah yang akan jadikan kau lelaki sejati, suami mithali. isteri pula, jangan ambil kesempatan pijak kepala. minta sesuatu biar berpada-pada. kau kena faham berapa gaji laki ko, berapa yang dia kena tanggung. kalau dia bagi, syukur. kalau dia tak bagi, sebab dia memang ada masalah kewangan atau dia kesempitan..sila faham. tak payahlah nak canang kat serata alam yang laki kau tak bagi nafkah. check smula makan pakai, rumah, kereta, duit dapur, pampers anak-anak, belanja sekolah anak-anak...dia bagi tak? kalau dia bagi, maknanya dia faham part nafkah. tapi kalau dia keluar statement, "gaji awak kan lagi besar. belilah sendiri"..maka silalah ambil masa untuk perbaiki rumahtangga tersebut.


Madam pun tak perfect. cuma hidup rumahtangga ni kena banyak komunikasi. kena banyak bersabar. kena banyak cakap maaf. kena belajar memaafkan dengan limitasi (kalau asyik skandal bertubi-tubi, bagi je makan kaki). kena cari salah sendiri sebelum salahkan pasangan. kena ikhlas kerana Allah.


notakaki: perempuan bukan minta banyak, minta setia je. tak perlulah jadi makhluk yang suka buat pancutan sperma berirama secara bersepah ke mana-mana vagina yang tak halal bagi uols. cukup-cukuplah jadi hanatt. sebab tak tau mati tu bila.







1 comment:

  1. Kenapa lah rela diperbodohkan mcm tu sekali si isteri dan skandal tu? Y akhirnye susah org perempuan. Y si jantan jongos tu bahagia celup sana sini balik2 bawak penyakit HIV. 😤

    ReplyDelete