Monday, August 3, 2020

#BeYou.tiful, love yourself

Tahun 2020, usia aku beranjak setahun lagi. Dah 37 tahun Allah beri izin aku bernafas di muka bumi ini dengan nikmat iman dan Islam. Alhamdulillah. Tahun ini juga rupanya dah setahun aku buat kerja secara freelance based di rumah. Tahun ini juga masuk tahun ke 5 aku bagi khidmat konsultasi percuma bawah Cherry Blossom. Ye, firma pokok ceri aku.

Walaupun tiada kereta terbang seperti imaginasi aku masa darjah 1, 30 tahun dulu, tetapi tahun 2020 beri aku peluang untuk belajar banyak perkara. Dengan pandemik Covid-19 yang melanda satu dunia, banyak perkara sebenarnya buat kita celik mata, dan tersedar bahawa terdapat pelbagai benda yang perlu kita syukuri. Terutama nikmat kesihatan. Juga nikmat kebahagiaan.

Sebenarnya banyak kes yang aku cuba bantu sepanjang PKP hingga PKPP sekarang ni. Ya, bantu dengan hasil dagangan aku jual Shaklee, dendeng dan konsultasi aku. Kadang aku pun rasa sedih sebab tak sempat buat saving, tapi bila fikir anak aku makan minum elok, anak orang lain kat sana tak cukup makan, minum air sirap dalam botol..aku pejam mata, ikhlaskan hati. Aku yakin dan percaya, inilah saving aku sebenarnya. Apa yang kita bagi kat orang itulah yang akan kekal jadi milik kita sampai kat sana, insyallah. Aku malas nak buat dana. Setengah kes aku forward suruh contact Team Syed Azmi, kalau macam kes domestic violence, insyallah aku sendiri tolong guide sampai dia berani nak buat laporan pada pihak berkuasa. Orang-orang macam ni dah kena gaslighting, lama. Jadi, janganlah cakap, "eh bodohnya dia ni dah kena pukul teruk pun tak nak report lagi, sayang sangat kat batang laki dia agaknya.". Mereka alami trauma yang kau sendiri pun tak faham. Kita tak berada di dalam kasut mereka, mungkin kita boleh cakap, "kalau aku, aku terajang je penis jantan tu.". Mangsa, kalau dia waras, dia pun akan nak buat macam-macam. Tapi gaslighting bertahun-tahun buat fikiran mereka ni berada pada paras trauma dan tak waras. 

Kes yang banyak aku jumpa juga masa PKP ialah isu suami yang kawal segalanya. Gaji dikawal oleh suami. Kononnya belanjawan rumah. Kita fahamlah kalau suami dapat gaji separuh je, tapi ini keadaan suami isteri gaji sama banyak. Tapi suami kawal semua. Kalau ikutkan mereka tidak sepenuhnya affected. Bila isteri nak beli foundation dan lipstick macam biasa, suami kata membazir. Rupanya dalam diam, belanjawan yang kononnya diatur suami itu ada udang sebalik batu. Suami ada buat personal loan sebelum PKP, dia stand by ambil duit isteri sikit-sikit untuk bayar. Isteri bukan buta, dia pandai mengira. Habis perbelanjaan rumah semua dia kira. Suami buat personal loan untuk modified kereta dan bagi adik dia nak kahwin. OMG!!!

Belum masuk lagi kes isteri nak beli mekap guna gaji sendiri, suami dok perli kata, "muka awak mekap ke, tak mekap ke...sama je." ada pula spesies lebai cakap, "mekap tu haram. awak pakai gincu semua tu tarik perhatian orang tau, dosa." tapi lebai kat office bukan main menggedik dengan anak dara bermekap tebal, sampai akhirnya buat hubungan sulit dengan anak dara mekap tebal. Isteri ni bukan main taat, pergi kerja pun pakai bedak tabur enchanteur dengan lipgloss je. Tapi diri sendiri bernafsu dengan perempuan bermekap tebal. Mekap buat orang lebih cantik dan berketrampilan. Cuma nak cari maksud cantik tu sendiri susah.

Ya, cantik tu subjektif. Ada yang kata cantik itu pada wajah. Ada orang tak mekap pun dah cantik. Ada orang mekap untuk tambah keyakinan diri. Ada orang memang suka mekap. 

Ada juga yang kata cantik itu pada hati, dalaman. Kalau hatinya baik dan positif, orang wajah biasa pun boleh jadi cantik berseri. Kalau hatinya busuk, negatif...orang cantik pun boleh tampak jahat dan hodoh.

Cuma masalahnya kita bukan ada scanner untuk tahu isi hati orang tu busuk ke wangi. Kita selalunya terpedaya dengan penampilan luaran. Kita ambil masa untuk tahu orang itu cantik dalamannya sebagaimana cantik penampilan luaran.

Sebenarnya salah ke isteri bercantik-cantik? Tak salah. Langsung tak salah. Cuma kenalah ada guideline untuk cantik yang tak overdose dan tak datangkan fitnah atau malu pada diri sendiri dan pasangan. Kena belajar sikit-sikit la ilmu mencantikkan diri dan ilmu mix and match padanan warna.

Ramai sangat yang mengadu isu melibatkan gaslighting dan self-esteem ini adalah mereka yang tidak berkerjaya, ada juga yang bekerja tetapi semua duit dikawal suami. Suami boleh tukar sport rim motor, tapi isteri tak boleh beli lipstick harga rm65.

Kesian, ramai yang jadi tua sebelum usia. Ada yang baru nak masuk 30-an. Tapi dengan badan sedikit gempal, dengan anak 6-7 orang, dengan duit kena kawal dengan suami walaupun gaji dia lagi besar dari suami..nak bercantik-cantik pun, banyak hujah dia kena bagi. Tapi suami boleh pula solek motor Ysuku dia dengan barang mahal. Menangis dia bercerita sebab jarang dapat rasa hasil gaji sendiri. Suami kata solek motor tu investment, solek bini bukan dapat hasil. Ayat ni pun part of gaslighting ye. Dia boleh rasa hasil bila bonus hujung tahun. Itupun suami dia dah siap-siap plan guna bonus dia untuk holiday family. Orang nampak macam suami dia bagus betul, tiap tahun bawa holiday. Padahal semua guna duit bonus dia. Dia boleh guna 1500 je dari bonus dia untuk keperluan diri atau apa benda yang dia nak. 

Sungguh! Aku buat kempen 'BeYou.tiful, love yourself' sebab aku nak semua orang perempuan hargai diri sendiri terlebih dahulu. Betul, hidup suami isteri kena ada toleransi. Kena berkongsi. Tapi bukan bermakna sebagai isteri, sepanjang masa kena beralah dan kena dengar kuasa veto suami. Itu bukan demokrasi, itu autokrasi. 

Kau penat bekerja sehari suntuk, hujung bulan dapat gaji, reward diri. Beli emas, beli supplement, beli perabot, pergi makan. Tapi janganlah tamak. Sebulan, kau pilih satu je untuk reward kau. Jangan kau perabih gaji semua untuk reward diri pula. Jangan lupa bahagian untuk sedekah dan berkongsi dengan orang lain.

Percayalah, hanya kita yang boleh menyayangi diri kita sendiri dengan seikhlasnya. Bukan orang lain. Maka, cantikkan diri untuk diri sendiri. Bukan untuk orang lain. Hanya diri kita boleh buat kita kuat dengan izinNya. 

Notakaki: tentukan definisi dan destinasi CANTIK untuk diri kita sendiri.



BeYou.tiful, Love yourself 
Madam Kheyr

#ceritabapak : from zero to hero.

#ceritabapak

dari zero, menjadi hero

Haji Salio bin Sahri. Itu nama bapak. Ya, bapa suami. bermaksud bapa mertua aku. Lelaki jawa yang rajin berusaha. Asalnya tidak punya apa. Tetapi kini, Bapak punya harta dunia akhirat yang pada pandangan aku cukup semuanya.

Kalau dengar cerita suami aku, dengan apa yang aku kenal Bapak sangat berbeza. Bapak anaknya 11 orang. Semua faham bahasa. Makan pakai apa adanya. Kasut raya lazimnya Bapak beli kasut putih sekolah sahaja. Boleh dipakai untuk raya dan sekolah. Mereka adik beradik cukup takut nak minta duit dengan Bapak. Selalunya kakak dan abang ipar aku akan kutip buah jambu dan limau keliling rumah, jual pada kawan-kawan. Kerepek yang Arwah Mak buat, dibungkus dan dijual di sekolah. 

Bapak masa mudanya garang dan tegas. Suami aku tak pernah sekolah tadika. Tapi masa masuk darjah satu, dia dah pandai membaca dan hafal sifir 2 dan 3. Gara-gara Bapak tegas dengan pendidikan anak-anak. 

Bapak tak kedekut tapi Bapak pandai menabung. Tak betah hidup dengan satu kerja. Selagi ada kudrat, Bapak buat dua tiga kerja. Bapak cerita, awal di Felda dulu Bapak menyimpan duit hasil ladang. Perbelanjaan harian guna duit kerja sambilan dengan Felda. Zaman itu memang tiada istilah buruh warga asing, semua peneroka sendiri ambil upah. 

Duit simpanan itulah yang Bapak guna untuk pergi haji. Kemudian Bapak menyimpan lagi, hasilnya Bapak beli tanah sawah di Sg Besar sana. Kampung halaman Bapak. Ada beberapa keping tanah Bapak di sana. Dibeli dengan tabungan sebagai peneroka Felda. Awal dulu Bapak pajakkan atau sewakan tanah tersebut. Hasilnya Bapak simpan. Ada digunakan untuk beli kereta, pergi umrah, pendidikan anak-anak dan macam-macam lagi. 11 anak Bapak, rasanya majoriti ada diploma dan ijazah. 

Aset dunia Bapak banyak. Tapi semuanya telah tukar nama kepada aset akhirat Bapak. iaitu anak-anak Bapak yang soleh solehah. Satu perkara yang cukup saya kagum. Hal ini agak taboo di kalangan masyarakat. Mereka konon nak buat wasiat, ada juga buat wasiat mulut. yang mana akhirnya ianya semua tak terpakai dan tak valid. Kalau kita sebagai mak ayah dah beri didikan yang cukup pada anak-anak, kenapa kita nak takut untuk transfer pada nama anak-anak bila kita dah makin dimakan usia. Takut mereka halau kita? Takut mereka jual dan hanya guna untuk diri sendiri? Semua ketakutan ini adalah cerminan diri sendiri sebenarnya. Mungkin ada kegagalan yang kita tidak tahu di mana puncanya. Benar, anak-anak itu salah dan tamak. Tapi bagaimana peranan ibu ayah untuk asuh anak-anak tidak jadi tamak haloba. Tahniah pada ibu ayah yang telah yakin untuk transfer pada anak-anak urusan dunia. Kelak, ianya sangat memudahkan urusan.

Apa yang aku boleh belajar dengan Bapak ialah disiplinkan diri menabung. Kumpul aset dunia untuk aset akhirat. Asuh anak-anak jadi aset akhirat kita yang paling berkualiti. Garang dan kedekut bertempat. Insyallah hujung nanti kita tuai hasilnya. 

Semoga Bapak dan mak sentiasa diberi kesihatan yang baik insyallah.