Monday, August 3, 2020

#ceritabapak : from zero to hero.

#ceritabapak

dari zero, menjadi hero

Haji Salio bin Sahri. Itu nama bapak. Ya, bapa suami. bermaksud bapa mertua aku. Lelaki jawa yang rajin berusaha. Asalnya tidak punya apa. Tetapi kini, Bapak punya harta dunia akhirat yang pada pandangan aku cukup semuanya.

Kalau dengar cerita suami aku, dengan apa yang aku kenal Bapak sangat berbeza. Bapak anaknya 11 orang. Semua faham bahasa. Makan pakai apa adanya. Kasut raya lazimnya Bapak beli kasut putih sekolah sahaja. Boleh dipakai untuk raya dan sekolah. Mereka adik beradik cukup takut nak minta duit dengan Bapak. Selalunya kakak dan abang ipar aku akan kutip buah jambu dan limau keliling rumah, jual pada kawan-kawan. Kerepek yang Arwah Mak buat, dibungkus dan dijual di sekolah. 

Bapak masa mudanya garang dan tegas. Suami aku tak pernah sekolah tadika. Tapi masa masuk darjah satu, dia dah pandai membaca dan hafal sifir 2 dan 3. Gara-gara Bapak tegas dengan pendidikan anak-anak. 

Bapak tak kedekut tapi Bapak pandai menabung. Tak betah hidup dengan satu kerja. Selagi ada kudrat, Bapak buat dua tiga kerja. Bapak cerita, awal di Felda dulu Bapak menyimpan duit hasil ladang. Perbelanjaan harian guna duit kerja sambilan dengan Felda. Zaman itu memang tiada istilah buruh warga asing, semua peneroka sendiri ambil upah. 

Duit simpanan itulah yang Bapak guna untuk pergi haji. Kemudian Bapak menyimpan lagi, hasilnya Bapak beli tanah sawah di Sg Besar sana. Kampung halaman Bapak. Ada beberapa keping tanah Bapak di sana. Dibeli dengan tabungan sebagai peneroka Felda. Awal dulu Bapak pajakkan atau sewakan tanah tersebut. Hasilnya Bapak simpan. Ada digunakan untuk beli kereta, pergi umrah, pendidikan anak-anak dan macam-macam lagi. 11 anak Bapak, rasanya majoriti ada diploma dan ijazah. 

Aset dunia Bapak banyak. Tapi semuanya telah tukar nama kepada aset akhirat Bapak. iaitu anak-anak Bapak yang soleh solehah. Satu perkara yang cukup saya kagum. Hal ini agak taboo di kalangan masyarakat. Mereka konon nak buat wasiat, ada juga buat wasiat mulut. yang mana akhirnya ianya semua tak terpakai dan tak valid. Kalau kita sebagai mak ayah dah beri didikan yang cukup pada anak-anak, kenapa kita nak takut untuk transfer pada nama anak-anak bila kita dah makin dimakan usia. Takut mereka halau kita? Takut mereka jual dan hanya guna untuk diri sendiri? Semua ketakutan ini adalah cerminan diri sendiri sebenarnya. Mungkin ada kegagalan yang kita tidak tahu di mana puncanya. Benar, anak-anak itu salah dan tamak. Tapi bagaimana peranan ibu ayah untuk asuh anak-anak tidak jadi tamak haloba. Tahniah pada ibu ayah yang telah yakin untuk transfer pada anak-anak urusan dunia. Kelak, ianya sangat memudahkan urusan.

Apa yang aku boleh belajar dengan Bapak ialah disiplinkan diri menabung. Kumpul aset dunia untuk aset akhirat. Asuh anak-anak jadi aset akhirat kita yang paling berkualiti. Garang dan kedekut bertempat. Insyallah hujung nanti kita tuai hasilnya. 

Semoga Bapak dan mak sentiasa diberi kesihatan yang baik insyallah. 


1 comment:

  1. Hebat orang ya Haji Salio ni.. Hidup dgn prinsipnya sendiri.

    ReplyDelete