Monday, May 29, 2017

entri anniversary madam!

Ada apa dengan anniversary?


Dah 8 tahun usia perkahwinan madam dan suami. Tapi rasanya banyak benda lagi perlu belajar pasal tuan mat jack ni.


turun naik kehidupan rumahtangga dengan tuan mat jack. madam tak berapa reti nak moody. dah try, tapi tak jadi. half way je. ada orang boleh moody atau gencatan senjata sampai seminggu dengan suami. madam ni, jenis tak boleh. fikir dosa. fikir separuh tu sebenarnya salah kita.


entah. pada madam, apa jua isu dalam rumahtangga adalah sumbangan dari kedua2 belah pihak.


semalam, madam soal selidik seorang suami yang isterinya kata dia curang tahap berzina. sebelum ni, suami ni tak pernah cerita buruk pasal bekas isteri. bekas isteri je sentiasa ada isu dengan suami. dia siap bersumpah dia tak pernah berzina tapi dia akui berhubung dengan perempuan tu. tapi sebagai kenalan biasa je. bekas isteri ni agak garang. tahap dia belasah suami dia sebab baca mesej suami dengan perempuan tu.


kadang-kadang kita ni yang buka ruang untuk suami ada skandal dengan orang ketiga. kita sibuk tiada masa untuk layan dia sebab nak kejar cita-cita, kita garang dengan suami dan anak-anak sebab kita nak semua teratur dan berdisiplin, kita pegang semua kuasa veto untuk buat keputusan sebab kita lebih terpelajar dan gaji besar dari suami.


tapi ada juga jantan bangang yang tak bersyukur punya isteri yang patuh, baik, cantik dan sentiasa dulukan suami dalam semua urusan.


ya, benda curang ni subjektif. orang kalau nak curang, dia curang je. kadang-kadang tiada alasan. kadang-kadang sebab dia bosan orang yang sama. kadang-kadang sebab dia saje nak test market cuma. eh..tau tau mengena. sangkut pula. walau mungkin jerat tu mengena kat gadis indo yang gediks.


eh..tetiba jauh madam melalut.. dari anniversary - moody - sampai ngurat indo.


well, takde ucapan istimewa untuk suami tercinta. mood madam pun kelaut dalam hari ni. mungkin buka puasa kami dengan koko krunch sahaja hari ini atau pergi mana-mana masjid untuk makan nasi bungkus nanti.


okbai.

No comments:

Post a Comment