terkejut saya bila dia maklumkan mahligai yang dibina 7 tahun lamanya, hancur di tengah jalan. semuanya gara-gara membuat loan untuk adiknya, atas permintaan ibu. sebagai anak lelaki, mana mungkin dia sanggup tolak permintaan ibu. itulah syurga dia.
pinjam tak banyak. RM80,000. atas nama dia dan isteri. semuanya berjalan lancar sehinggalah adiknya terpengaruh dengan satu pelaburan skim cepat kaya. fokus hilang. bisnes hancur. akhirnya bankrap. hutang piutang loan terpaksa dia yang bayar sebab atas nama dia.
di sinilah segalanya bermula. gaji semakin berkurangan untuk tampung famili gara-gara hutang 80k itu. isteri dah mula bising dan mengungkit. masing-masing mula bawa halatuju sendiri. akhirnya sakinah dan mawaddah itu hilang sedikit demi sedikit dalam rumahtangga yang bahagia.
pada saya, perkahwinan ini ada turun naik. ada pasang surut. dalam saat-saat dilanda masalah seperti ini, bincang, faham dan aturkan semula kehidupan adalah sangat penting. inilah saatnya untuk kita tengok warna sebenar pasangan kita. adakah dia nak pegang erat tangan kita dan sama-sama hadapi masa susah? atau dia nak lepaskan dan biarkan kita susah sendirian?. ya, inilah detiknya.
ya, ada suami yang berkata, "perempuan mana nak susah". hakikatnya perempuan kalau boleh nak susah sentiasa, tak payah senang pun tak apa. sebab banyak suami yang lupa diri bila dah senang. abai anak isteri, melaram macam bujang lagaknya. gebang nak hebat sahaja.
isteri...letak sedikit faham pada situasi. beri ruang dan peluang. atur semula jadual dan ekonomi kehidupan suami isteri andai ianya melibatkan wang. lihat sejauh mana suami berusaha untuk stabilkan segalanya.
suami..jangan ambil kesempatan atas pemahaman diberi isteri. tunjukkan usaha anda sebagai ketua keluarga. ingat...nafkah keluarga di pundak suami. dan nafkah isteri serta anak-anak adalah mendahului nafkah ibu, melainkan ibu yang sangat dhoif kehidupannya.
notakaki: bukan mudah untuk faham. ia mungkin ambil masa berpuluh tahun lamanya.
No comments:
Post a Comment