Wednesday, March 13, 2019
Lelaki: Sila duduk dan Jangan lari!
<Lelaki sebagai Suami, Ayah dan Model Peranan>
Orang lelaki selalu cakap orang perempuan 'complicated'. Orang perempuan pula selalu labelkan lelaki sebagai 'tak faham'. Well, tahu tak kenapa Allah swt wujudkan situasi macam ni. Walhal Allah swt tu Maha Berkuasa dan Dia boleh je nak buat semua manusia tu baikkkk sahaja. Sebab Allah swt mahu manusia ini belajar menjadi sabar, belajar mencari solusi, belajar memahami dan belajar bahawa nak dapat ganjaran syurga itu bukan mudah.
Kita tahu lelaki susah nak faham kita, maka kenapa kita nak terus-terusan buat diorang tak faham. Tak payah persoalkan kenapa diorang tak usaha untuk faham, sebab sekali lagi kita orang perempuan kena tahu bahawa lelaki ni pemalas nak memahamkan. Jadi, kita mudahkan urusan mereka. Beralah dan fahamkan. Bukan susah, kita duplicate je perangai lelaki. Especially part terus terang dan part tak jaga hati. Hahahaha.
Orang perempuan ni memang Allah swt ciptakan dengan selembut keadaan hatinya. Jadi kita mudah merajuk, tapi mudah dipujuk. Ada lelaki yang boleh baca hint perempuan. Maka, beruntunglah kalau korang dapat species rare macam ni, bersyukurlah. Ada spesies bolayan, maka tetaplah menjadi kental.Mungkin 8 tahun ke atas, korang akan kebal dengan sikap lelaki yang bolayan dari pujuk kau yang merajuk bab kecik2. contohnya bab lupa anniversary, lupa harijadi, lupa tarikh tunang, lupa tarikh masuk meminang :P hahaha, memacam la kau pompuan, semua tarikh kau nak suruh laki ingat. tak agak-agak
Yang aku perasan, lelaki dan perempuan ni suka cari perbezaan. Bila kita bercakap pasal perbezaan, of course kita akan gaduh. Again, jangan sulitkan keadaan dan cari kesamaan. bincang macammana nak cari persamaan dan persetujuan. Mohon sangat2, bila dah kahwin..suami dan isteri tolonglah jangan perkasakan ego. sikap 'aku yang betul, kau yang salah' adalah BIG NO dalam rumahtangga. sindrom ni ada dalam majority rumahtangga terutama yang baru kahwin. of course la kan, dulu masa fasa dating 'enggeh' kan aje couple kau cakap apa. bila dah jadi 'spouse', tiba-tiba kau rasa ada kuasa veto untuk cakap NO atau utk gunapakai semula takhta keegoan itu. bak kata siti nurhalija, 'besar kesilapanku, besar lagi keegoanmu'.
Percaya atau tidak, orang lelaki yang berjaya rendahkan keegoan, hormati isteri, yang boleh dibawa berbincang adalah trend lelaki maskulin dan macho yang ditabik oleh wanita masakini. maaf cakap, konsep ego ini adalah lebih kepada tradisi atau budaya melayu atau mungkin orang asia. Islam tidak ajar lelaki muslim menjadi ego. Buktinya, baca sendiri hadith sahih dan kisah sejarah nabi Muhammad s.a.w, bagaimana baginda melayan dan merawat isteri-isteri baginda. Janganlah korang yang lelaki2 ni cuma khatam bab poligami semata. nak kahwin lebih sikit, petiklah butang agama. lagi kalau ada title pak lebai, senang je orang percaya.
Aku percaya, ramai orang lelaki yang masih lagi ada kredibiliti sebagai lelaki yang berhemah. dan mereka pun geleng kepala dengan spesies lelaki biawak dan tak boleh harap. memalukan kaum lelaki. Jadinya, bagi elakkan anak-anak lelaki korang jadi spesies biawak atau dhob padang pasir, maka korang patut jadi model peranan yang baik utk anak2. apa itu model peranan? role model tahu? hah, translate bahasa melayu terus garu kepala ye. Ya, model peranan = role model. Antaranya, bawa isteri dan anak2 beli barang dapur. beras, garam gula, lauk pauk dan pastikan masa kau bayar tu, anak2 lelaki kau nampak. Jadi diorang tahu, "oooo, orang lelaki kena uruskan bab belanja dapur." Bincang bab2 belanjawan rumah sambil pegang kalkulator dengan isteri kau, depan anak-anak. supaya diorang faham, "ooooo mama dan ayah bincang bab-bab duit rumah itu ini". Solat Jemaah suami isteri dan anak-anak. Supaya anak2 lelaki tahu bahawa suami dan ayah itu adalah imam keluarga.
Aku bukan cakap bahawa perkahwinan yang gagal oleh sebab lelaki yang jahanam adalah disebabkan mak ayah gagal jadi model peranan. Benda ni kadang2 unpredictable. tetapi kebanyakan kes, kalau acuan ayahnya betul, insyallah anak2 lelakinya ikut terap acuan tu. senget2 sikit tu biasalah. susah kuih nak sama bentuk terapannya sempurna kan, mesti ada senget benget sikit tapi tetap terbentuk. Ada juga yang mak ayah helokkk je, tapi anaknya nauzubillahh. bak kata raihan, iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa. Cuma, sebagai mak ayah, kita usahakan jadi mak ayah yang terbaik untuk anak-anak.
Even kalau korang berpisah laki bini pun, cubalah jadi kawan macam abby abadi dan norman hakim tu. Sebab anak2 tak putus hubungan dengan korang. Masalah orang kita ialah jadikan anak sebagai medium balas dendam pada bekas pasangan. Ugut tak bagi jumpa anak, larikan anak-anak, pukul anak-anak, umpat keji bekas pasangan pada anak-anak. Kau fikir semula, kau rasa apa kau buat semua tu utk kebaikan dan kebajikan anak2 ke? Atau semua tu sebab nafsu amarah dan ego kau untuk seksa perasaan bekas pasangan?. Sudahlah oii, tak payahlaa bongak cakap kau buat itu ini sebab kau sayangkan anak. Hakikatnya semua sebab ego dan dengki. Paling tak boleh hadam, berebut2 hak jagaan anak, bila dah dapat bagi mak ayah kat kampong jaga, atau bagi boipren jaga..lepas tu boipren cabul, dera, smpai mati budak tu, terus acah2 kau tak bersalah. Come on la weh, anak-anak bukan medium untuk kau gunakan keegoan tu. Dah cerai pun, kau boleh jadi model peranan yang baik walaupun kau tak duduk sekali dengan diorang. Pokok pangkalnya, jadi lelaki yang beriman dan faham keperluan tanggungjawab sebagai ayah.
Masuk minggu ke-2, ayah tinggalkan aku dan keluarga. Ayah nyata model peranan yang baik. Alhamdulillah, aku percaya adik beradik lelaki aku juga ada yang berjaya trampilkan sikap ayah dalam kehidupan berkeluarga mereka. insyallah.
Alfatihah untuk ayahanda, model peranan keluarga kami :')
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment