Thursday, March 7, 2019

Captain Marvel dan Girl Power!


Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia. Siapa tak faham maksud ayat ni, tak tahu la nak jadi apa. Peribahasa yang sinonim dengan wanita. Girl Power konsepnya. Iye laa, siapa lagi yang nak hayun buai kalau tak mak-mak. apak-apa ada juga hayun buai, tapi depa kadang guna kaki sebab tangan dok main PUBG ! :P

Sebenarnya aku lebih tertarik untuk ubah peribahasa itu jadi lebih bermakna dan bermanfaat. "Tangan yang menghayun buaian, boleh mengubah dunia." Sungguh!

Perasan atau tidak, lelaki yang baik sekarang makin pupus. Kalau ada pun, dah jadi suami orang atau dah lebih awal mengadap Illahi. Eh! Jangan salah faham. Cuma kadang-kadang aku jenuh nak hadam pasal isu lelaki culas bagi nafkah, lelaki bantai bini, lelaki jadi biawak hidup pemalas kerja, lelaki taik dadah. Bila check dan recheck, majority jawapan ialah memang kat rumah mak ayah dia pun dia pemalas, makan pinggan sebiji pun adik perempuan basuh kan.

So babe, inilah masanya untuk kita ubah dunia dan jadi captain marvel, terutama macam aku yang ada 2 anak lelaki (setakat ni). Kita ubah persepsi lelaki melihat dunia sedari kecil lagi. Kita kikis tradisi lapuk yang sebenarnya tiada dalam syarak pun untuk anak-anak lelaki kita lebih hargai diri dan family kelak.

1. Jangan bezakan anak lelaki dan perempuan terutama dalam hal ehwal kerja rumah. Yang perempuan je kena basuh pinggan, lelaki lepas makan melingkau. Banyak cantekk! No way. Buat jadual dan rotation. Basuh pinggan, kemas meja, sapu sampah. Semua buat sama-sama.

2. Libatkan anak-anak dalam mesyuarat keluarga. Ajar anak-anak cari solusi sama-sama. Bukan tuding jari. Contohnya bil eletrik naik. Buat meeting. Tanya cadangan masing2. Jangan tanya, "siapa banyak guna aircond ni? siapa banyak tengok tv ni?", then masing2 tuding jari atau petik nama sesapa sendiri. Bila dia dah terbiasa musyawarah macam ni, bila dia besar dan ada keluarga, dia akan guna benda yang sama. Insyallah.

3. Ajar anak-anak lelaki memasak. Jangan halau diorang kalau diorang nak tolong kat dapur. Biarkan. Jangan cakap yang kerja memasak tu perempuan atau lelaki lembut sahaja. Ajar resepi simple2. Supaya senang kalau dah jadi ayah atau suami, diorang tak kekok.

4. Biasakan wish anak-anak masa birthday diorang, celebrate semua anak-anak punya birthday. Buat kecil-kecilan sesame keluarga. Tunjukkan penghargaan dan kesyukuran tentang lahirnya mereka.

5. Ajar anak-anak lelaki solat dan jadi imam. Supaya diorang tahu dan sedia jadi imam bila-bila masa dan untuk sesiapa jua.

Pendek kata, kita, wanita sebenarnya ada kuasa untuk bentuk lelaki bagaimana yang kita nak wujudkan pada masa akan datang. Supaya lebih ramai lelaki berkualiti yang dapat memberi manfaat kepada para wanita masa depan. Ya, semua pun dengan izin Allah. Bukan juga bermaksud, kualiti lelaki sedia ada yang tahap hampeh ni adalah dek salah cetakan mak ayah. Ada yang mak ayah dah cetak elok2, bila dah besar kurang pantauan, terpengaruh kawan-kawan. Ada juga yang memang mak ayah tak cetak langsung, lantaklah kau nak jadi corak apa pun. Ada juga yang mak ayah tak cetak tetapi anak-anak ikut acuan secara automatic sebab diorang nampak, especially bab mencarut, pukul isteri, pemalas dan sebagainya. Ada juga yang mak ayah dah cetak elok2, sekali ada seketul pula tak berapa menjadi (macam buat kuih. acuan sama, tapi kadang2 ada seketul yang lari dari bentuk asal).

Cuma apa yang madam boleh pesan sesama kita wanita ini adalah, didik anak-anak lelaki kita jadi anak-anak yang berkualiti. Layan menantu perempuan kita macammana kita nak orang layan anak perempuan kita sebagai menantu di rumah mereka. (Eh, ayat..macam dah bermenantu pula kita :P)

Baiklah. Bersedia semua. Kita transform menjadi Captain Marvell!!

No comments:

Post a Comment