Thursday, March 7, 2019

Selamat Hari Wanita - sayangi diri anda sebagai wanita.

Salam Jumaah Mubarokah.

Hari ni diiktiraf sebagai hari wanita sedunia. So, selamat hari wanita uols. Para suami, bolehlah balik rumah lepas kerja dengan bawa bouquet of flowers atau sekuntum mawar merah untuk isteri sebagai tanda terima kasih sebab jadi sidekick yang baik selama uols berumahtangga.

Madam? Sejenis tak berapa mengharap benda-benda macam ni terjadi. kalau terjadi, Alhamdulillah. Kalau benar-benar terjadi, memang aku kena tampar-tampar manja pipi Tuan Mat Jack sambil bertanya, "are u okay sayang?" :P

Sebenarnya, cukuplah dia benarkan aku menjadi wanita yang berbahagia selama ini. Bukan pasal kasih sayang sahaja, tetapi juga tentang pemahaman. Ya, benar. Kau nak jadi wanita yang berbahagia, suami kau pula nak jadi lelaki yang berbahagia. Benda ni bukan pasal Seks sahaja tau, (melainkan spesies jantan maleis tipikal yang anggap wanita ni objek seksual semata) sebaliknya lebih kepada pemahaman.

Kenapa aku kata TMJ dah benarkan aku jadi wanita berbahagia selama ni? sebab dia benarkan aku balik kerja golek-golek layan anak tak payah masak, dia pejam mata bila rumah bersepah sambil sesekali tolong kemas apa-apa yang patut, dia tak banyak bunyi bila kain baju membukit, dia tukang basuh kain baju dan sidai (kalau tak sempat, dia bawa ke dobi), dia tukang sental bilik air, dia tak bising aku tak masak (cuma sesekali kalau dia request, aku akan cuba tunaikan. read my lips, cuba..hahaha). Dia boleh bangun sama-sama dengan aku pukul 5 pagi untuk uruskan keperluan anak-anak ke sekolah, transit dan taska. Above all, aku memang berterima kasih sangat sebab dia faham.

Tapi kenapa dia faham? Sebab dia faham kami sama-sama kerja, dia tahu berapa gaji aku dan berapa yang aku dah keluarkan untuk bantu dia uruskan family. Dia faham aku beranak kecik (sekarang ni la) dan menyusukan anak, which dah save cost susu tepung yang makan ratusan juga untuk sebulan. Dia faham aku buat extra job untuk tolong orang, which is ini adalah passion aku. Dia faham anak-anak itu adalah anak kami, maka kami kena sama-sama uruskan anak-anak.

Kalau korang tanya aku, madam lain..suami madam ok. Jujurnya aku cakap, 5 tahun pertama perkahwinan, aku dan TMJ pun struggle bab emosi. Dengan 3 tahun pertama emosi sebab tiada anak lagi, memang tambahkan lagi bebanan emosi. TMJ bukan jadi suami yang macam sekarang dengan serta merta. Ianya adalah tentang komunikasi. Kan aku pernah dan selalu cerita dalam FB. Komunikasi tu penting untuk buat kau jadi wanita berbahagia. Jangan sembunyikan emosi. Jangan terlalu menjaga hati. sebab orang lelaki ni tiada masa bermain dengan emosi dan mainan hati.

Solusinya, kalau kau terasa hati, kau cakap je, "abang, saya tak suka abang main-mainkan fizikal saya yang gemuk dan hitam ni. saya gemuk sebab saya cukup makan abang bagi. saya hitam sebab saya kerja kat site nak tolong abang tanggung family. kalau abang nak saya kurus dan putih, sediakan budget untuk saya rawat diri di spa atau mana-mana wellness center, boleh?". Mungkin kau cakap, "alaa..madam cakap senanglah. madam tak tahu suami saya macammana.". Babe, lelaki semua ego. Sama tapi tak serupa. ada yang boleh rendahkan ego dia sedikit. ada yang boleh hormat ego wanita juga. ada yang batu besar atas kapla juga ada duduk. kau kena kenal suami kau kategori mana satu. jadi, kau tahu kaedah komunikasi mana yang terbaik untuk kau. dan percayalah, 5 tahun perkahwinan bukan masa yang cukup untuk kau kenal suami kau kategori mana, slow-slow ok. kalau dia spesies bapak pailang punya ego, sepak terajang mainan dia..kau kena ketepikan emosi kesian kat anak-anak dan kesian kat diri jadi janda, kau pergi report polis dan buat medical check up di hospital kerajaan. dapatkan IPO dan sila siap sedia jadi janda. antara jadi janda yang bangkit untuk lawan sepak terajang dengan jadi wanita yang setia makan sepak terajang, percayalah masyarakat zaman sekarang lagi hormat janda dari isteri yang bodoh2 setia macam tu? Ellooo..kalau kau mati kena dera suami, sia-sia. Dia kahwin lain, bawa anak-anak kau tinggal dengan mak tiri. Then, anak-anak kau pula makan hati. So, sekarang mana istilahnya kau sayang anak-anak sendiri?

Jauh pula aku bebel, sebenarnya aku nak cakap, komunikasi tu penting. Kita dah berzaman ditutup oleh tradisi. Jadi wanita itu kena sopan santun berdiam diri. orang jawa kata, 'enggeh' sahaja dengan Tok Laki. Jadi isteri itu kena masak, kemas rumah, kena layan suami walaupun kita kerja. Keterbukaan masyarakat kita untuk faham bahawa rumahtangga itu adalah perkongsian dan tanggungjawab isteri itu hanya layan suami dan melahirkan serta mengasuh anak-anak sahaja, sukar dibolosi melainkan lelaki itu dilahirkan dan diasuh dalam family yang praktikkan keterbukaan tersebut. Alhamdulillah, terima kasih Wak Salio dan Allahyarhamah Wak Musripah (alfatihah untuk mak) sebab lahirkan anak-anak yang bukan sahaja pada kuantiti (11 orang, TMJ anak ke 7) tetapi juga menjaga kualiti. Terima kasih kakak abang ipar yang sentiasa terbuka tegur TMJ bila mereka nampak benda itu tak patut sebagai babah dan suami.

Awal perkahwinan dulu, aku pun struggle. Komunikasi panjang berjela dalam sms (dulu tiada whatsapp), kadang-kadang dalam email. Aku pun tak tahu dia baca atau tak. Muka dedua sentiasa ketat. Dia tak pernah tanya "awak ok ke?" bila muka aku ketat. Aku pula bila ada terasa hati, hanya ketatkan muka tanpa berkata apa2. Umpama bahasa tubuh badan yang syiok sendiri.

Lelaki dan wanita, kadang kala perlu cari ruang untuk tundukkan ego dan emosi. Belajar komunikasi dua hala. Kalau tak boleh buat sendiri, pergilah daftar kaunseling di pejabat agama. Banyak kes, perempuan rasa 'ini adalah masalah besar.kami asyik bergaduh sahaja'. bagi lelaki pula, 'bergaduh dalam rumahtangga. itu kan perkara biasa'. Benar, gaduh tu asam garam rumahtangga tetapi kena tengok puncanya apa. kalau setakat pasal remote tv hilang, tudung kena duduk dengan tok laki, lupa bawa butang baju melayu masa raya..maka, benda tu boleh diabaikan. Tapi kalau asyik bergaduh sebab kau balik lambat pergi merewang dan membawang dengan kawan-kawan ofis, curang dengan indon cleaner tandas awam, taik ganja atau ice, gaduh sebab duit habis beli dadah dan judi, maka ianya adalah masalah yang besar dan perlu campur tangan pihak ketiga.

By the way, kita sebagai wanita pun kalau nak lelaki faham kita, kita kena belajar faham dia. Lelaki tak suka kau membebel, tulis whatsapp panjang-panjang, ungkit mengungkit, dan beberapa lagi benda yang kau je tahu macammana suami kau. Jadi prinsipnya jangan buat benda kecil yang dia tak suka. Aku sendiri dah lupa bila aku bebel panjang pada TMJ. Dia dah laa banyak benda nak fikir kat pejabat, balik rumah kau bebel entah apa-apa sebab benda kecil sahaja. Jadi, jangan bagi dia serabut. Most of the time, biarkan je suami kau bebel. Kau tak payah bebel. Aku ni mungkin sebab dah banyak bebel, so makin berumur ni malas bebel. Kadang dia bebel perli pun, aku buat tak dengar, malas berbalas. Balas berbalas buat makin tambah masalah. Diam tu lebih baik uols. Bab waze aku rasa suami isteri paling kerap gaduh. Sekarang aku malas nak pegang Waze tu. Biar letak kat tempat handsfree situ. Biar dia bawa ikut suara tu. Pandai-pandailah sana. Kalau tak dulu, sokmo aku je salah walaupun kadang2 sebab roaming tu hilang. Binawe waze ni. buat balah laki bini je. tu dulu laa. Sekarang aku dah bijak. Takdenya aku nak tolong jadi navigator sebelah tu. Biar waze tu cakap sorang2.

Kalau suami ada hobi macam cycling ke, panjat bukit ke, jamming ke..cuba sesekali ikut dan faham dan kenali kawan2 suami. Suami, kalau betul nak dapat greenlight isteri, fahamkan isteri dan kenalkan hobi anda dan kawan2 tu pada isteri. Paling penting, kau niat hobi tu utk fit, utk sihat dan mudahkan beribadah lillahitaala. even kalau kau hobi dengan motosikal kuasa tinggi pun, kalau jalannya betul lillahitaala, insyaallah takkan ada isu pun. Hobi dengan motorbike pun boleh lillahitaala. Tadabur alam boleh dapat pahala. Sambil bawa paket makanan kecil2, singgah kawasan terpencil. bawa alat tulis bagi anak-anak yang memerlukan kat kampung2 sana. Jangan kau ride sebab nak hoyeah2 kat Danok semata. Memang tiada limpahan kasih sayang isteri, malaikat dan Robbul Izzati la jawabnya. Wanita tiada masalah pun untuk faham hobi suami yang macam2 ni asalkan tak membazir dan jujur. Why isu tak membazir? Sebab ada sesetengah suami terpengaruh dengan kawan2 dan spend banyak duit utk hobi. Sedangkan keperluan rumah hamper 70% isteri tanggung dgn gaji sendiri. Dude, kau settlekan dulu hal ehwal rumah dan anak isteri, baru spend untuk hobi. Mana isteri tak jadi 'monster' bila suami terjebak dengan hobi macam ni. Sebab hobi ni buat kau sebagai suami lupa diri. Contoh kalau nak memancing, beli la jiwa isteri. Tolong kemas rumah, mop lantai, basuh pinggan. Then, hire daily assistant untuk tolong isteri kawal anak-anak kalau anak kau bersusun macam paku. Kalau kau nak main futsal lepas kerja, tak payahlah suruh isteri masak juga. Whatsapp isteri, "yang, tiap selasa ayang tak payah masak la. abang tapaukan nasi kat luar sebab abang ada futsal lepas kerja." . Lapang dada isteri kalau kau faham dia macam ni.

Pendek kata, kau boleh memilih bagaimana rasa bahagia yang kau nak ikut definisi kau sendiri. yang penting ialah pemahaman dan komunikasi. Cuma mungkin kau rasa suami kau ego, maka belajarlah kenali musuh kau tu macammana (which aku maksudkan musuh tu ialah ego suami, bukan suami) dan bagaimana untuk tundukkan musuh kau tu (jangan guna mak esah pula, aku tak ajar ye). Dan jujurnya 5 tahun perkahwinan bukanlah cukup untuk kau faham siapa suami kau, 10 tahun insyallah masuk fasa belajar yang sebenar. hakikatnya dalam perkahwinan ini, fasa pembelajaran adalah setiap hari. dan kalau kau rasa sedikit jemu, kalian suami isteri kena cari silibus baru guna pendekatan yang lebih kreatif dan patuh syarie ;)

Selamat hari wanita untuk semua wanita yang membaca :D



No comments:

Post a Comment