ini antara soalan yang madam terima dalam secret group cherry blossom. Jangan pelik dengan soalan2 sebegini. Kadang2 soalan yang diterima memang buat kita rasa nak cekak leher dia sambil tampar pipi dia dan berkata "wake up babe!!" tapi apakan daya itu hanyalah sekadar illusi ally mcbeal.
Jawapan untuk situasi sebegini ialah:
1. Kalau nak teruskan juga sebab konon masih sayang suami dan fikir anak2, maka kau teruslah bertahan. Tapi aku cakap betul ye, kau kena sedia dia buat lagi edisi curang dan zina ni. Kau kena sedia juga untuk dia abai tanggungjawab dan tak bagi nafkah. Sebenarnya aku tak faham..babe, dia nak ceraikan kau demi perempuan lain. Kau masih sayang kan dia? Kau percaya dia akan berubah? Sementara dia nak ceraikan ni, silalah redho. Sebab spesies macam ni, akan datang dia takkan lepaskan kau macam tu je tau. Dia akan buat kau terseksa dan percaya kau akan sentiasa bagu dia peluang.
Seperkara lagi, kalau kau masih nak bertahan di situ, tolonglah ye tak payah ngadu dengan sesiapa yang suami kau kaki crett dengan banyak perempuan, suami kau ada perempuan lain, suami kau abaikan nafkah, suami kau jarang balik rumah. Sebabnya, kau kena ingat..title kau ialah isteri dia. Tak boleh buka aib suami ye. Tapi kalau kau rasa sayang kau tu boleh ubah dia (finger cross), maka dipersilakan.
Siapa yang percaya, lelaki sebegini patut diberi peluang kedua..sila berdiri sebelah kiri. Yang rasa pelawaan lelaki ini untuk bercerai patut disambut dgn baik..sila berdiri sebelah kanan. Madam dah berdiri kat barisan kanan ni. Meh beratur belakang aku.
2. Kalau kau tanya aku, aku jawab eh biarkanlah dia nak ceraikan. Kita sebagai perempuan ada harga diri sendiri tau. Jangan hegeh2 lah dengan jantan murah macam ni. Kau tu bukan tak cantik. Cantik tapi terlindung dek penat kau sebagai surirumah dan isteri yg tak sempat uruskan diri selama ni. Kalau kau tak cantik, kenapa dulu dia pilih kau sebagai isteri? 🙄🙄
Kau fikirkan anak? Suami kau ada fikir anak2 ke? Kau masih sayangkan suami? Ke kau takut jadi janda orang hina? Hmmm.. Sorry ye. Masyarakat yang suka hina janda tak tentu pasal tu adalah jenis otak belimbing buluh. Elok buat sambal hitam aja orang dengan fikiran macam tu. Tak hina jadi janda, dari kau asyik mesej aku tanya macammana nak buat laki kau berubah. Aku suruh kau berdoa, ko kata penat asyik nak doa je. Habis tu suruh cerai, tak nak jadi janda. Suruh redho je, tak nak juga.
Sifuu aku pernah pesan kita ni orang perempuan kena cari suami yg sayangkan kita lebih dari kita sayangkan dia. Gituuu. Kalau kau sorang je hegeh2 sayangkan dia, kau tak rasa malu ke?
Sudah2 laa tu jadi bodoh. Jangan simpan lelaki penzina macam ni sebagai suami kau. Move on babe. Kita bukan murah. Kita mahal dan ada harga tersendiri. Maka, sayangi diri sendiri sebelum kau sibuk nak sayang kan laki kau yang penuh wayang.
Okbai.
No comments:
Post a Comment