Monday, August 3, 2020

#BeYou.tiful, love yourself

Tahun 2020, usia aku beranjak setahun lagi. Dah 37 tahun Allah beri izin aku bernafas di muka bumi ini dengan nikmat iman dan Islam. Alhamdulillah. Tahun ini juga rupanya dah setahun aku buat kerja secara freelance based di rumah. Tahun ini juga masuk tahun ke 5 aku bagi khidmat konsultasi percuma bawah Cherry Blossom. Ye, firma pokok ceri aku.

Walaupun tiada kereta terbang seperti imaginasi aku masa darjah 1, 30 tahun dulu, tetapi tahun 2020 beri aku peluang untuk belajar banyak perkara. Dengan pandemik Covid-19 yang melanda satu dunia, banyak perkara sebenarnya buat kita celik mata, dan tersedar bahawa terdapat pelbagai benda yang perlu kita syukuri. Terutama nikmat kesihatan. Juga nikmat kebahagiaan.

Sebenarnya banyak kes yang aku cuba bantu sepanjang PKP hingga PKPP sekarang ni. Ya, bantu dengan hasil dagangan aku jual Shaklee, dendeng dan konsultasi aku. Kadang aku pun rasa sedih sebab tak sempat buat saving, tapi bila fikir anak aku makan minum elok, anak orang lain kat sana tak cukup makan, minum air sirap dalam botol..aku pejam mata, ikhlaskan hati. Aku yakin dan percaya, inilah saving aku sebenarnya. Apa yang kita bagi kat orang itulah yang akan kekal jadi milik kita sampai kat sana, insyallah. Aku malas nak buat dana. Setengah kes aku forward suruh contact Team Syed Azmi, kalau macam kes domestic violence, insyallah aku sendiri tolong guide sampai dia berani nak buat laporan pada pihak berkuasa. Orang-orang macam ni dah kena gaslighting, lama. Jadi, janganlah cakap, "eh bodohnya dia ni dah kena pukul teruk pun tak nak report lagi, sayang sangat kat batang laki dia agaknya.". Mereka alami trauma yang kau sendiri pun tak faham. Kita tak berada di dalam kasut mereka, mungkin kita boleh cakap, "kalau aku, aku terajang je penis jantan tu.". Mangsa, kalau dia waras, dia pun akan nak buat macam-macam. Tapi gaslighting bertahun-tahun buat fikiran mereka ni berada pada paras trauma dan tak waras. 

Kes yang banyak aku jumpa juga masa PKP ialah isu suami yang kawal segalanya. Gaji dikawal oleh suami. Kononnya belanjawan rumah. Kita fahamlah kalau suami dapat gaji separuh je, tapi ini keadaan suami isteri gaji sama banyak. Tapi suami kawal semua. Kalau ikutkan mereka tidak sepenuhnya affected. Bila isteri nak beli foundation dan lipstick macam biasa, suami kata membazir. Rupanya dalam diam, belanjawan yang kononnya diatur suami itu ada udang sebalik batu. Suami ada buat personal loan sebelum PKP, dia stand by ambil duit isteri sikit-sikit untuk bayar. Isteri bukan buta, dia pandai mengira. Habis perbelanjaan rumah semua dia kira. Suami buat personal loan untuk modified kereta dan bagi adik dia nak kahwin. OMG!!!

Belum masuk lagi kes isteri nak beli mekap guna gaji sendiri, suami dok perli kata, "muka awak mekap ke, tak mekap ke...sama je." ada pula spesies lebai cakap, "mekap tu haram. awak pakai gincu semua tu tarik perhatian orang tau, dosa." tapi lebai kat office bukan main menggedik dengan anak dara bermekap tebal, sampai akhirnya buat hubungan sulit dengan anak dara mekap tebal. Isteri ni bukan main taat, pergi kerja pun pakai bedak tabur enchanteur dengan lipgloss je. Tapi diri sendiri bernafsu dengan perempuan bermekap tebal. Mekap buat orang lebih cantik dan berketrampilan. Cuma nak cari maksud cantik tu sendiri susah.

Ya, cantik tu subjektif. Ada yang kata cantik itu pada wajah. Ada orang tak mekap pun dah cantik. Ada orang mekap untuk tambah keyakinan diri. Ada orang memang suka mekap. 

Ada juga yang kata cantik itu pada hati, dalaman. Kalau hatinya baik dan positif, orang wajah biasa pun boleh jadi cantik berseri. Kalau hatinya busuk, negatif...orang cantik pun boleh tampak jahat dan hodoh.

Cuma masalahnya kita bukan ada scanner untuk tahu isi hati orang tu busuk ke wangi. Kita selalunya terpedaya dengan penampilan luaran. Kita ambil masa untuk tahu orang itu cantik dalamannya sebagaimana cantik penampilan luaran.

Sebenarnya salah ke isteri bercantik-cantik? Tak salah. Langsung tak salah. Cuma kenalah ada guideline untuk cantik yang tak overdose dan tak datangkan fitnah atau malu pada diri sendiri dan pasangan. Kena belajar sikit-sikit la ilmu mencantikkan diri dan ilmu mix and match padanan warna.

Ramai sangat yang mengadu isu melibatkan gaslighting dan self-esteem ini adalah mereka yang tidak berkerjaya, ada juga yang bekerja tetapi semua duit dikawal suami. Suami boleh tukar sport rim motor, tapi isteri tak boleh beli lipstick harga rm65.

Kesian, ramai yang jadi tua sebelum usia. Ada yang baru nak masuk 30-an. Tapi dengan badan sedikit gempal, dengan anak 6-7 orang, dengan duit kena kawal dengan suami walaupun gaji dia lagi besar dari suami..nak bercantik-cantik pun, banyak hujah dia kena bagi. Tapi suami boleh pula solek motor Ysuku dia dengan barang mahal. Menangis dia bercerita sebab jarang dapat rasa hasil gaji sendiri. Suami kata solek motor tu investment, solek bini bukan dapat hasil. Ayat ni pun part of gaslighting ye. Dia boleh rasa hasil bila bonus hujung tahun. Itupun suami dia dah siap-siap plan guna bonus dia untuk holiday family. Orang nampak macam suami dia bagus betul, tiap tahun bawa holiday. Padahal semua guna duit bonus dia. Dia boleh guna 1500 je dari bonus dia untuk keperluan diri atau apa benda yang dia nak. 

Sungguh! Aku buat kempen 'BeYou.tiful, love yourself' sebab aku nak semua orang perempuan hargai diri sendiri terlebih dahulu. Betul, hidup suami isteri kena ada toleransi. Kena berkongsi. Tapi bukan bermakna sebagai isteri, sepanjang masa kena beralah dan kena dengar kuasa veto suami. Itu bukan demokrasi, itu autokrasi. 

Kau penat bekerja sehari suntuk, hujung bulan dapat gaji, reward diri. Beli emas, beli supplement, beli perabot, pergi makan. Tapi janganlah tamak. Sebulan, kau pilih satu je untuk reward kau. Jangan kau perabih gaji semua untuk reward diri pula. Jangan lupa bahagian untuk sedekah dan berkongsi dengan orang lain.

Percayalah, hanya kita yang boleh menyayangi diri kita sendiri dengan seikhlasnya. Bukan orang lain. Maka, cantikkan diri untuk diri sendiri. Bukan untuk orang lain. Hanya diri kita boleh buat kita kuat dengan izinNya. 

Notakaki: tentukan definisi dan destinasi CANTIK untuk diri kita sendiri.



BeYou.tiful, Love yourself 
Madam Kheyr

#ceritabapak : from zero to hero.

#ceritabapak

dari zero, menjadi hero

Haji Salio bin Sahri. Itu nama bapak. Ya, bapa suami. bermaksud bapa mertua aku. Lelaki jawa yang rajin berusaha. Asalnya tidak punya apa. Tetapi kini, Bapak punya harta dunia akhirat yang pada pandangan aku cukup semuanya.

Kalau dengar cerita suami aku, dengan apa yang aku kenal Bapak sangat berbeza. Bapak anaknya 11 orang. Semua faham bahasa. Makan pakai apa adanya. Kasut raya lazimnya Bapak beli kasut putih sekolah sahaja. Boleh dipakai untuk raya dan sekolah. Mereka adik beradik cukup takut nak minta duit dengan Bapak. Selalunya kakak dan abang ipar aku akan kutip buah jambu dan limau keliling rumah, jual pada kawan-kawan. Kerepek yang Arwah Mak buat, dibungkus dan dijual di sekolah. 

Bapak masa mudanya garang dan tegas. Suami aku tak pernah sekolah tadika. Tapi masa masuk darjah satu, dia dah pandai membaca dan hafal sifir 2 dan 3. Gara-gara Bapak tegas dengan pendidikan anak-anak. 

Bapak tak kedekut tapi Bapak pandai menabung. Tak betah hidup dengan satu kerja. Selagi ada kudrat, Bapak buat dua tiga kerja. Bapak cerita, awal di Felda dulu Bapak menyimpan duit hasil ladang. Perbelanjaan harian guna duit kerja sambilan dengan Felda. Zaman itu memang tiada istilah buruh warga asing, semua peneroka sendiri ambil upah. 

Duit simpanan itulah yang Bapak guna untuk pergi haji. Kemudian Bapak menyimpan lagi, hasilnya Bapak beli tanah sawah di Sg Besar sana. Kampung halaman Bapak. Ada beberapa keping tanah Bapak di sana. Dibeli dengan tabungan sebagai peneroka Felda. Awal dulu Bapak pajakkan atau sewakan tanah tersebut. Hasilnya Bapak simpan. Ada digunakan untuk beli kereta, pergi umrah, pendidikan anak-anak dan macam-macam lagi. 11 anak Bapak, rasanya majoriti ada diploma dan ijazah. 

Aset dunia Bapak banyak. Tapi semuanya telah tukar nama kepada aset akhirat Bapak. iaitu anak-anak Bapak yang soleh solehah. Satu perkara yang cukup saya kagum. Hal ini agak taboo di kalangan masyarakat. Mereka konon nak buat wasiat, ada juga buat wasiat mulut. yang mana akhirnya ianya semua tak terpakai dan tak valid. Kalau kita sebagai mak ayah dah beri didikan yang cukup pada anak-anak, kenapa kita nak takut untuk transfer pada nama anak-anak bila kita dah makin dimakan usia. Takut mereka halau kita? Takut mereka jual dan hanya guna untuk diri sendiri? Semua ketakutan ini adalah cerminan diri sendiri sebenarnya. Mungkin ada kegagalan yang kita tidak tahu di mana puncanya. Benar, anak-anak itu salah dan tamak. Tapi bagaimana peranan ibu ayah untuk asuh anak-anak tidak jadi tamak haloba. Tahniah pada ibu ayah yang telah yakin untuk transfer pada anak-anak urusan dunia. Kelak, ianya sangat memudahkan urusan.

Apa yang aku boleh belajar dengan Bapak ialah disiplinkan diri menabung. Kumpul aset dunia untuk aset akhirat. Asuh anak-anak jadi aset akhirat kita yang paling berkualiti. Garang dan kedekut bertempat. Insyallah hujung nanti kita tuai hasilnya. 

Semoga Bapak dan mak sentiasa diberi kesihatan yang baik insyallah. 


Wednesday, March 13, 2019

Lelaki: Sila duduk dan Jangan lari!


<Lelaki sebagai Suami, Ayah dan Model Peranan>

Orang lelaki selalu cakap orang perempuan 'complicated'. Orang perempuan pula selalu labelkan lelaki sebagai 'tak faham'. Well, tahu tak kenapa Allah swt wujudkan situasi macam ni. Walhal Allah swt tu Maha Berkuasa dan Dia boleh je nak buat semua manusia tu baikkkk sahaja. Sebab Allah swt mahu manusia ini belajar menjadi sabar, belajar mencari solusi, belajar memahami dan belajar bahawa nak dapat ganjaran syurga itu bukan mudah.

Kita tahu lelaki susah nak faham kita, maka kenapa kita nak terus-terusan buat diorang tak faham. Tak payah persoalkan kenapa diorang tak usaha untuk faham, sebab sekali lagi kita orang perempuan kena tahu bahawa lelaki ni pemalas nak memahamkan. Jadi, kita mudahkan urusan mereka. Beralah dan fahamkan. Bukan susah, kita duplicate je perangai lelaki. Especially part terus terang dan part tak jaga hati. Hahahaha.

Orang perempuan ni memang Allah swt ciptakan dengan selembut keadaan hatinya. Jadi kita mudah merajuk, tapi mudah dipujuk. Ada lelaki yang boleh baca hint perempuan. Maka, beruntunglah kalau korang dapat species rare macam ni, bersyukurlah. Ada spesies bolayan, maka tetaplah menjadi kental.Mungkin 8 tahun ke atas, korang akan kebal dengan sikap lelaki yang bolayan dari pujuk kau yang merajuk bab kecik2. contohnya bab lupa anniversary, lupa harijadi, lupa tarikh tunang, lupa tarikh masuk meminang :P hahaha, memacam la kau pompuan, semua tarikh kau nak suruh laki ingat. tak agak-agak

Yang aku perasan, lelaki dan perempuan ni suka cari perbezaan. Bila kita bercakap pasal perbezaan, of course kita akan gaduh. Again, jangan sulitkan keadaan dan cari kesamaan. bincang macammana nak cari persamaan dan persetujuan. Mohon sangat2, bila dah kahwin..suami dan isteri tolonglah jangan perkasakan ego. sikap 'aku yang betul, kau yang salah' adalah BIG NO dalam rumahtangga. sindrom ni ada dalam majority rumahtangga terutama yang baru kahwin. of course la kan, dulu masa fasa dating 'enggeh' kan aje couple kau cakap apa. bila dah jadi 'spouse', tiba-tiba kau rasa ada kuasa veto untuk cakap NO atau utk gunapakai semula takhta keegoan itu. bak kata siti nurhalija, 'besar kesilapanku, besar lagi keegoanmu'.

Percaya atau tidak, orang lelaki yang berjaya rendahkan keegoan, hormati isteri, yang boleh dibawa berbincang adalah trend lelaki maskulin dan macho yang ditabik oleh wanita masakini. maaf cakap, konsep ego ini adalah lebih kepada tradisi atau budaya melayu atau mungkin orang asia. Islam tidak ajar lelaki muslim menjadi ego. Buktinya, baca sendiri hadith sahih dan kisah sejarah nabi Muhammad s.a.w, bagaimana baginda melayan dan merawat isteri-isteri baginda. Janganlah korang yang lelaki2 ni cuma khatam bab poligami semata. nak kahwin lebih sikit, petiklah butang agama. lagi kalau ada title pak lebai, senang je orang percaya.

Aku percaya, ramai orang lelaki yang masih lagi ada kredibiliti sebagai lelaki yang berhemah. dan mereka pun geleng kepala dengan spesies lelaki biawak dan tak boleh harap. memalukan kaum lelaki. Jadinya, bagi elakkan anak-anak lelaki korang jadi spesies biawak atau dhob padang pasir, maka korang patut jadi model peranan yang baik utk anak2. apa itu model peranan? role model tahu? hah, translate bahasa melayu terus garu kepala ye. Ya, model peranan = role model. Antaranya, bawa isteri dan anak2 beli barang dapur. beras, garam gula, lauk pauk dan pastikan masa kau bayar tu, anak2 lelaki kau nampak. Jadi diorang tahu, "oooo, orang lelaki kena uruskan bab belanja dapur." Bincang bab2 belanjawan rumah sambil pegang kalkulator dengan isteri kau, depan anak-anak. supaya diorang faham, "ooooo mama dan ayah bincang bab-bab duit rumah itu ini". Solat Jemaah suami isteri dan anak-anak. Supaya anak2 lelaki tahu bahawa suami dan ayah itu adalah imam keluarga.

Aku bukan cakap bahawa perkahwinan yang gagal oleh sebab lelaki yang jahanam adalah disebabkan mak ayah gagal jadi model peranan. Benda ni kadang2 unpredictable. tetapi kebanyakan kes, kalau acuan ayahnya betul, insyallah anak2 lelakinya ikut terap acuan tu. senget2 sikit tu biasalah. susah kuih nak sama bentuk terapannya sempurna kan, mesti ada senget benget sikit tapi tetap terbentuk. Ada juga yang mak ayah helokkk je, tapi anaknya nauzubillahh. bak kata raihan, iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa. Cuma, sebagai mak ayah, kita usahakan jadi mak ayah yang terbaik untuk anak-anak.

Even kalau korang berpisah laki bini pun, cubalah jadi kawan macam abby abadi dan norman hakim tu. Sebab anak2 tak putus hubungan dengan korang. Masalah orang kita ialah jadikan anak sebagai medium balas dendam pada bekas pasangan. Ugut tak bagi jumpa anak, larikan anak-anak, pukul anak-anak, umpat keji bekas pasangan pada anak-anak. Kau fikir semula, kau rasa apa kau buat semua tu utk kebaikan dan kebajikan anak2 ke? Atau semua tu sebab nafsu amarah dan ego kau untuk seksa perasaan bekas pasangan?. Sudahlah oii, tak payahlaa bongak cakap kau buat itu ini sebab kau sayangkan anak. Hakikatnya semua sebab ego dan dengki. Paling tak boleh hadam, berebut2 hak jagaan anak, bila dah dapat bagi mak ayah kat kampong jaga, atau bagi boipren jaga..lepas tu boipren cabul, dera, smpai mati budak tu, terus acah2 kau tak bersalah. Come on la weh, anak-anak bukan medium untuk kau gunakan keegoan tu. Dah cerai pun, kau boleh jadi model peranan yang baik walaupun kau tak duduk sekali dengan diorang. Pokok pangkalnya, jadi lelaki yang beriman dan faham keperluan tanggungjawab sebagai ayah.

Masuk minggu ke-2, ayah tinggalkan aku dan keluarga. Ayah nyata model peranan yang baik. Alhamdulillah, aku percaya adik beradik lelaki aku juga ada yang berjaya trampilkan sikap ayah dalam kehidupan berkeluarga mereka. insyallah.

Alfatihah untuk ayahanda, model peranan keluarga kami :')

Monday, March 11, 2019

kisah sistur hijabista bersuara lantang

Hari ahad lepas aku pergi makan kat mykori, seksyen 7. mak oiii, sesak bukan main kedai ABC korea ni.Jadi, bila dah sesak maka suasana dah macam dalam pasar borong sikit.

Well, aku bukan nak cerita pasal menu aku makan apa. tapi nak share sikit pasal meja belakang aku.

meja belakang ni ada 3 orang gadis duduk. dan mereka bersembang tentang bf masing-masing. derrr. mungkin ini topic menyeronokkan bagi gadis seusia mereka. chuppp..bukan aku nak menguping tau. alkisah aku tengah flu dan pendengaran aku memang kurang jelas, tapi suara salah sorang dari diorang...masyarakatttt, macam nak bercerita untuk satu kafe.

diorang berkongsi tips macammana handle bf masing-masing. yang suara kuat tu cakap, "hazim tu aku suka juga laa cara dia treat aku sebab dia selalu setuju dengan pendapat aku. tak ajak gaduh2 atau bangkang idea aku. aku tak suka kalau lelaki jenis tak nak dengar cakap aku."

ok, part ni sebenarnya aku hampir bangun dan menampar muka sistur hijabista belakang ni, sambil berkata, "dik, dunia tak seindah yang kau bayangkan dik". ekekekeke. tapi aku tangguhkan niat aku. biarlah adik2 ini berkenalan dengan hakikat dunia selaras dengan usia.Gituuu.

Antara hakikat hubungan lelaki - perempuan yang kita kena tahu dan sedar ialah:

1. Banyak benda manis dan 'bersetuju' adalah sebelum kahwin. Tapi ada juga spesies ajak bincang, ini jarang-jarang. dan juga spesies, 'aku ketua dan aku betul, kau kena ikut cakap aku'..spesies ni elok dihapuskan sebelum membiak, so tak nak bagi dia membiak..say bye bye kat dia. ekekekeke. jangan kahwin dengan dia :P

2. Lelaki dan perempuan ni melengkapkan satu sama lain. Berselisih pendapat tu normal. Sebab lelaki yang jujur dan normal, kebanyakannya tak ambil hati dan tak kuasa nak jaga hati. Spesies yang acah-acah jaga hati sebelum kahwin ni, kadang2 lepas kahwin dia jadi spesies tiada hati perut. spesies pergi jahanam. So beware.

3. Perempuan, jangan amalkan sikap besar kepala manja mengada-ngada dan rasa kau sahaja yang betul. dan partner kau kena ikut cakap kau. belajar terbuka untuk perbincangan. belajar hormat pendapat orang. belajar untuk dengar pendapat orang.

aku bukan good2. aku cuma nak kau, aku dan kita semua jadi perempuan yang gagah berdepan dengan reality dan tak dikaburi fantasi drama tv jam tujuh itu. perempuan dan lelaki dicipta untuk saling melengkapi. hormat diri sendiri jika kita nak orang hormat pada kita. so, belajar2 jadi wanita yang lebih berharga nilainya.

chiow.

Friday, March 8, 2019

Suami kejar perempuan lain? Nak bertahan, ya silakan.

ini antara soalan yang madam terima dalam secret group cherry blossom. Jangan pelik dengan soalan2 sebegini. Kadang2 soalan yang diterima memang buat kita rasa nak cekak leher dia sambil tampar pipi dia dan berkata "wake up babe!!"  tapi apakan daya itu hanyalah sekadar illusi ally mcbeal.

Jawapan untuk situasi sebegini ialah:
1. Kalau nak teruskan juga sebab konon masih sayang suami dan fikir anak2, maka kau teruslah bertahan. Tapi aku cakap betul ye, kau kena sedia dia buat lagi edisi curang dan zina ni. Kau kena sedia juga untuk dia abai tanggungjawab dan tak bagi nafkah. Sebenarnya aku tak faham..babe, dia nak ceraikan kau demi perempuan lain. Kau masih sayang kan dia? Kau percaya dia akan berubah? Sementara dia nak ceraikan ni, silalah redho. Sebab spesies macam ni, akan datang dia takkan lepaskan kau macam tu je tau. Dia akan buat kau terseksa dan percaya kau akan sentiasa bagu dia peluang.

Seperkara lagi, kalau kau masih nak bertahan di situ, tolonglah ye tak payah ngadu dengan sesiapa yang suami kau kaki crett dengan banyak perempuan, suami kau ada perempuan lain, suami kau abaikan nafkah, suami kau jarang balik rumah. Sebabnya, kau kena ingat..title kau ialah isteri dia. Tak boleh buka aib suami ye. Tapi kalau kau rasa sayang kau tu boleh ubah dia (finger cross), maka dipersilakan.

Siapa yang percaya, lelaki sebegini patut diberi peluang kedua..sila berdiri sebelah kiri. Yang rasa pelawaan lelaki ini untuk bercerai patut disambut dgn baik..sila berdiri sebelah kanan. Madam dah berdiri kat barisan kanan ni. Meh beratur belakang aku.

2. Kalau kau tanya aku, aku jawab eh biarkanlah dia nak ceraikan. Kita sebagai perempuan ada harga diri sendiri tau. Jangan hegeh2 lah dengan jantan murah macam ni. Kau tu bukan tak cantik. Cantik tapi terlindung dek penat kau sebagai surirumah dan isteri yg tak sempat uruskan diri selama ni. Kalau kau tak cantik, kenapa dulu dia pilih kau sebagai isteri? 🙄🙄

Kau fikirkan anak? Suami kau ada fikir anak2 ke? Kau masih sayangkan suami? Ke kau takut jadi janda orang hina? Hmmm.. Sorry ye. Masyarakat yang suka hina janda tak tentu pasal tu adalah jenis otak belimbing buluh. Elok buat sambal hitam aja orang dengan fikiran macam tu. Tak hina jadi janda, dari kau asyik mesej aku tanya macammana nak buat laki kau berubah. Aku suruh kau berdoa, ko kata penat asyik nak doa je. Habis tu suruh cerai, tak nak jadi janda. Suruh redho je, tak nak juga.

Sifuu aku pernah pesan  kita ni orang perempuan kena cari suami yg sayangkan kita lebih dari kita sayangkan dia. Gituuu. Kalau kau sorang je hegeh2 sayangkan dia, kau tak rasa malu ke?

Sudah2 laa tu jadi bodoh. Jangan simpan lelaki penzina macam ni sebagai suami kau. Move on babe. Kita bukan murah. Kita mahal dan ada harga tersendiri. Maka, sayangi diri sendiri sebelum kau sibuk nak sayang kan laki kau yang penuh wayang.

Okbai.

Thursday, March 7, 2019

Captain Marvel dan Girl Power!


Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia. Siapa tak faham maksud ayat ni, tak tahu la nak jadi apa. Peribahasa yang sinonim dengan wanita. Girl Power konsepnya. Iye laa, siapa lagi yang nak hayun buai kalau tak mak-mak. apak-apa ada juga hayun buai, tapi depa kadang guna kaki sebab tangan dok main PUBG ! :P

Sebenarnya aku lebih tertarik untuk ubah peribahasa itu jadi lebih bermakna dan bermanfaat. "Tangan yang menghayun buaian, boleh mengubah dunia." Sungguh!

Perasan atau tidak, lelaki yang baik sekarang makin pupus. Kalau ada pun, dah jadi suami orang atau dah lebih awal mengadap Illahi. Eh! Jangan salah faham. Cuma kadang-kadang aku jenuh nak hadam pasal isu lelaki culas bagi nafkah, lelaki bantai bini, lelaki jadi biawak hidup pemalas kerja, lelaki taik dadah. Bila check dan recheck, majority jawapan ialah memang kat rumah mak ayah dia pun dia pemalas, makan pinggan sebiji pun adik perempuan basuh kan.

So babe, inilah masanya untuk kita ubah dunia dan jadi captain marvel, terutama macam aku yang ada 2 anak lelaki (setakat ni). Kita ubah persepsi lelaki melihat dunia sedari kecil lagi. Kita kikis tradisi lapuk yang sebenarnya tiada dalam syarak pun untuk anak-anak lelaki kita lebih hargai diri dan family kelak.

1. Jangan bezakan anak lelaki dan perempuan terutama dalam hal ehwal kerja rumah. Yang perempuan je kena basuh pinggan, lelaki lepas makan melingkau. Banyak cantekk! No way. Buat jadual dan rotation. Basuh pinggan, kemas meja, sapu sampah. Semua buat sama-sama.

2. Libatkan anak-anak dalam mesyuarat keluarga. Ajar anak-anak cari solusi sama-sama. Bukan tuding jari. Contohnya bil eletrik naik. Buat meeting. Tanya cadangan masing2. Jangan tanya, "siapa banyak guna aircond ni? siapa banyak tengok tv ni?", then masing2 tuding jari atau petik nama sesapa sendiri. Bila dia dah terbiasa musyawarah macam ni, bila dia besar dan ada keluarga, dia akan guna benda yang sama. Insyallah.

3. Ajar anak-anak lelaki memasak. Jangan halau diorang kalau diorang nak tolong kat dapur. Biarkan. Jangan cakap yang kerja memasak tu perempuan atau lelaki lembut sahaja. Ajar resepi simple2. Supaya senang kalau dah jadi ayah atau suami, diorang tak kekok.

4. Biasakan wish anak-anak masa birthday diorang, celebrate semua anak-anak punya birthday. Buat kecil-kecilan sesame keluarga. Tunjukkan penghargaan dan kesyukuran tentang lahirnya mereka.

5. Ajar anak-anak lelaki solat dan jadi imam. Supaya diorang tahu dan sedia jadi imam bila-bila masa dan untuk sesiapa jua.

Pendek kata, kita, wanita sebenarnya ada kuasa untuk bentuk lelaki bagaimana yang kita nak wujudkan pada masa akan datang. Supaya lebih ramai lelaki berkualiti yang dapat memberi manfaat kepada para wanita masa depan. Ya, semua pun dengan izin Allah. Bukan juga bermaksud, kualiti lelaki sedia ada yang tahap hampeh ni adalah dek salah cetakan mak ayah. Ada yang mak ayah dah cetak elok2, bila dah besar kurang pantauan, terpengaruh kawan-kawan. Ada juga yang memang mak ayah tak cetak langsung, lantaklah kau nak jadi corak apa pun. Ada juga yang mak ayah tak cetak tetapi anak-anak ikut acuan secara automatic sebab diorang nampak, especially bab mencarut, pukul isteri, pemalas dan sebagainya. Ada juga yang mak ayah dah cetak elok2, sekali ada seketul pula tak berapa menjadi (macam buat kuih. acuan sama, tapi kadang2 ada seketul yang lari dari bentuk asal).

Cuma apa yang madam boleh pesan sesama kita wanita ini adalah, didik anak-anak lelaki kita jadi anak-anak yang berkualiti. Layan menantu perempuan kita macammana kita nak orang layan anak perempuan kita sebagai menantu di rumah mereka. (Eh, ayat..macam dah bermenantu pula kita :P)

Baiklah. Bersedia semua. Kita transform menjadi Captain Marvell!!

Selamat Hari Wanita - sayangi diri anda sebagai wanita.

Salam Jumaah Mubarokah.

Hari ni diiktiraf sebagai hari wanita sedunia. So, selamat hari wanita uols. Para suami, bolehlah balik rumah lepas kerja dengan bawa bouquet of flowers atau sekuntum mawar merah untuk isteri sebagai tanda terima kasih sebab jadi sidekick yang baik selama uols berumahtangga.

Madam? Sejenis tak berapa mengharap benda-benda macam ni terjadi. kalau terjadi, Alhamdulillah. Kalau benar-benar terjadi, memang aku kena tampar-tampar manja pipi Tuan Mat Jack sambil bertanya, "are u okay sayang?" :P

Sebenarnya, cukuplah dia benarkan aku menjadi wanita yang berbahagia selama ini. Bukan pasal kasih sayang sahaja, tetapi juga tentang pemahaman. Ya, benar. Kau nak jadi wanita yang berbahagia, suami kau pula nak jadi lelaki yang berbahagia. Benda ni bukan pasal Seks sahaja tau, (melainkan spesies jantan maleis tipikal yang anggap wanita ni objek seksual semata) sebaliknya lebih kepada pemahaman.

Kenapa aku kata TMJ dah benarkan aku jadi wanita berbahagia selama ni? sebab dia benarkan aku balik kerja golek-golek layan anak tak payah masak, dia pejam mata bila rumah bersepah sambil sesekali tolong kemas apa-apa yang patut, dia tak banyak bunyi bila kain baju membukit, dia tukang basuh kain baju dan sidai (kalau tak sempat, dia bawa ke dobi), dia tukang sental bilik air, dia tak bising aku tak masak (cuma sesekali kalau dia request, aku akan cuba tunaikan. read my lips, cuba..hahaha). Dia boleh bangun sama-sama dengan aku pukul 5 pagi untuk uruskan keperluan anak-anak ke sekolah, transit dan taska. Above all, aku memang berterima kasih sangat sebab dia faham.

Tapi kenapa dia faham? Sebab dia faham kami sama-sama kerja, dia tahu berapa gaji aku dan berapa yang aku dah keluarkan untuk bantu dia uruskan family. Dia faham aku beranak kecik (sekarang ni la) dan menyusukan anak, which dah save cost susu tepung yang makan ratusan juga untuk sebulan. Dia faham aku buat extra job untuk tolong orang, which is ini adalah passion aku. Dia faham anak-anak itu adalah anak kami, maka kami kena sama-sama uruskan anak-anak.

Kalau korang tanya aku, madam lain..suami madam ok. Jujurnya aku cakap, 5 tahun pertama perkahwinan, aku dan TMJ pun struggle bab emosi. Dengan 3 tahun pertama emosi sebab tiada anak lagi, memang tambahkan lagi bebanan emosi. TMJ bukan jadi suami yang macam sekarang dengan serta merta. Ianya adalah tentang komunikasi. Kan aku pernah dan selalu cerita dalam FB. Komunikasi tu penting untuk buat kau jadi wanita berbahagia. Jangan sembunyikan emosi. Jangan terlalu menjaga hati. sebab orang lelaki ni tiada masa bermain dengan emosi dan mainan hati.

Solusinya, kalau kau terasa hati, kau cakap je, "abang, saya tak suka abang main-mainkan fizikal saya yang gemuk dan hitam ni. saya gemuk sebab saya cukup makan abang bagi. saya hitam sebab saya kerja kat site nak tolong abang tanggung family. kalau abang nak saya kurus dan putih, sediakan budget untuk saya rawat diri di spa atau mana-mana wellness center, boleh?". Mungkin kau cakap, "alaa..madam cakap senanglah. madam tak tahu suami saya macammana.". Babe, lelaki semua ego. Sama tapi tak serupa. ada yang boleh rendahkan ego dia sedikit. ada yang boleh hormat ego wanita juga. ada yang batu besar atas kapla juga ada duduk. kau kena kenal suami kau kategori mana satu. jadi, kau tahu kaedah komunikasi mana yang terbaik untuk kau. dan percayalah, 5 tahun perkahwinan bukan masa yang cukup untuk kau kenal suami kau kategori mana, slow-slow ok. kalau dia spesies bapak pailang punya ego, sepak terajang mainan dia..kau kena ketepikan emosi kesian kat anak-anak dan kesian kat diri jadi janda, kau pergi report polis dan buat medical check up di hospital kerajaan. dapatkan IPO dan sila siap sedia jadi janda. antara jadi janda yang bangkit untuk lawan sepak terajang dengan jadi wanita yang setia makan sepak terajang, percayalah masyarakat zaman sekarang lagi hormat janda dari isteri yang bodoh2 setia macam tu? Ellooo..kalau kau mati kena dera suami, sia-sia. Dia kahwin lain, bawa anak-anak kau tinggal dengan mak tiri. Then, anak-anak kau pula makan hati. So, sekarang mana istilahnya kau sayang anak-anak sendiri?

Jauh pula aku bebel, sebenarnya aku nak cakap, komunikasi tu penting. Kita dah berzaman ditutup oleh tradisi. Jadi wanita itu kena sopan santun berdiam diri. orang jawa kata, 'enggeh' sahaja dengan Tok Laki. Jadi isteri itu kena masak, kemas rumah, kena layan suami walaupun kita kerja. Keterbukaan masyarakat kita untuk faham bahawa rumahtangga itu adalah perkongsian dan tanggungjawab isteri itu hanya layan suami dan melahirkan serta mengasuh anak-anak sahaja, sukar dibolosi melainkan lelaki itu dilahirkan dan diasuh dalam family yang praktikkan keterbukaan tersebut. Alhamdulillah, terima kasih Wak Salio dan Allahyarhamah Wak Musripah (alfatihah untuk mak) sebab lahirkan anak-anak yang bukan sahaja pada kuantiti (11 orang, TMJ anak ke 7) tetapi juga menjaga kualiti. Terima kasih kakak abang ipar yang sentiasa terbuka tegur TMJ bila mereka nampak benda itu tak patut sebagai babah dan suami.

Awal perkahwinan dulu, aku pun struggle. Komunikasi panjang berjela dalam sms (dulu tiada whatsapp), kadang-kadang dalam email. Aku pun tak tahu dia baca atau tak. Muka dedua sentiasa ketat. Dia tak pernah tanya "awak ok ke?" bila muka aku ketat. Aku pula bila ada terasa hati, hanya ketatkan muka tanpa berkata apa2. Umpama bahasa tubuh badan yang syiok sendiri.

Lelaki dan wanita, kadang kala perlu cari ruang untuk tundukkan ego dan emosi. Belajar komunikasi dua hala. Kalau tak boleh buat sendiri, pergilah daftar kaunseling di pejabat agama. Banyak kes, perempuan rasa 'ini adalah masalah besar.kami asyik bergaduh sahaja'. bagi lelaki pula, 'bergaduh dalam rumahtangga. itu kan perkara biasa'. Benar, gaduh tu asam garam rumahtangga tetapi kena tengok puncanya apa. kalau setakat pasal remote tv hilang, tudung kena duduk dengan tok laki, lupa bawa butang baju melayu masa raya..maka, benda tu boleh diabaikan. Tapi kalau asyik bergaduh sebab kau balik lambat pergi merewang dan membawang dengan kawan-kawan ofis, curang dengan indon cleaner tandas awam, taik ganja atau ice, gaduh sebab duit habis beli dadah dan judi, maka ianya adalah masalah yang besar dan perlu campur tangan pihak ketiga.

By the way, kita sebagai wanita pun kalau nak lelaki faham kita, kita kena belajar faham dia. Lelaki tak suka kau membebel, tulis whatsapp panjang-panjang, ungkit mengungkit, dan beberapa lagi benda yang kau je tahu macammana suami kau. Jadi prinsipnya jangan buat benda kecil yang dia tak suka. Aku sendiri dah lupa bila aku bebel panjang pada TMJ. Dia dah laa banyak benda nak fikir kat pejabat, balik rumah kau bebel entah apa-apa sebab benda kecil sahaja. Jadi, jangan bagi dia serabut. Most of the time, biarkan je suami kau bebel. Kau tak payah bebel. Aku ni mungkin sebab dah banyak bebel, so makin berumur ni malas bebel. Kadang dia bebel perli pun, aku buat tak dengar, malas berbalas. Balas berbalas buat makin tambah masalah. Diam tu lebih baik uols. Bab waze aku rasa suami isteri paling kerap gaduh. Sekarang aku malas nak pegang Waze tu. Biar letak kat tempat handsfree situ. Biar dia bawa ikut suara tu. Pandai-pandailah sana. Kalau tak dulu, sokmo aku je salah walaupun kadang2 sebab roaming tu hilang. Binawe waze ni. buat balah laki bini je. tu dulu laa. Sekarang aku dah bijak. Takdenya aku nak tolong jadi navigator sebelah tu. Biar waze tu cakap sorang2.

Kalau suami ada hobi macam cycling ke, panjat bukit ke, jamming ke..cuba sesekali ikut dan faham dan kenali kawan2 suami. Suami, kalau betul nak dapat greenlight isteri, fahamkan isteri dan kenalkan hobi anda dan kawan2 tu pada isteri. Paling penting, kau niat hobi tu utk fit, utk sihat dan mudahkan beribadah lillahitaala. even kalau kau hobi dengan motosikal kuasa tinggi pun, kalau jalannya betul lillahitaala, insyaallah takkan ada isu pun. Hobi dengan motorbike pun boleh lillahitaala. Tadabur alam boleh dapat pahala. Sambil bawa paket makanan kecil2, singgah kawasan terpencil. bawa alat tulis bagi anak-anak yang memerlukan kat kampung2 sana. Jangan kau ride sebab nak hoyeah2 kat Danok semata. Memang tiada limpahan kasih sayang isteri, malaikat dan Robbul Izzati la jawabnya. Wanita tiada masalah pun untuk faham hobi suami yang macam2 ni asalkan tak membazir dan jujur. Why isu tak membazir? Sebab ada sesetengah suami terpengaruh dengan kawan2 dan spend banyak duit utk hobi. Sedangkan keperluan rumah hamper 70% isteri tanggung dgn gaji sendiri. Dude, kau settlekan dulu hal ehwal rumah dan anak isteri, baru spend untuk hobi. Mana isteri tak jadi 'monster' bila suami terjebak dengan hobi macam ni. Sebab hobi ni buat kau sebagai suami lupa diri. Contoh kalau nak memancing, beli la jiwa isteri. Tolong kemas rumah, mop lantai, basuh pinggan. Then, hire daily assistant untuk tolong isteri kawal anak-anak kalau anak kau bersusun macam paku. Kalau kau nak main futsal lepas kerja, tak payahlah suruh isteri masak juga. Whatsapp isteri, "yang, tiap selasa ayang tak payah masak la. abang tapaukan nasi kat luar sebab abang ada futsal lepas kerja." . Lapang dada isteri kalau kau faham dia macam ni.

Pendek kata, kau boleh memilih bagaimana rasa bahagia yang kau nak ikut definisi kau sendiri. yang penting ialah pemahaman dan komunikasi. Cuma mungkin kau rasa suami kau ego, maka belajarlah kenali musuh kau tu macammana (which aku maksudkan musuh tu ialah ego suami, bukan suami) dan bagaimana untuk tundukkan musuh kau tu (jangan guna mak esah pula, aku tak ajar ye). Dan jujurnya 5 tahun perkahwinan bukanlah cukup untuk kau faham siapa suami kau, 10 tahun insyallah masuk fasa belajar yang sebenar. hakikatnya dalam perkahwinan ini, fasa pembelajaran adalah setiap hari. dan kalau kau rasa sedikit jemu, kalian suami isteri kena cari silibus baru guna pendekatan yang lebih kreatif dan patuh syarie ;)

Selamat hari wanita untuk semua wanita yang membaca :D