terkejut saya bila dia maklumkan mahligai yang dibina 7 tahun lamanya, hancur di tengah jalan. semuanya gara-gara membuat loan untuk adiknya, atas permintaan ibu. sebagai anak lelaki, mana mungkin dia sanggup tolak permintaan ibu. itulah syurga dia.
pinjam tak banyak. RM80,000. atas nama dia dan isteri. semuanya berjalan lancar sehinggalah adiknya terpengaruh dengan satu pelaburan skim cepat kaya. fokus hilang. bisnes hancur. akhirnya bankrap. hutang piutang loan terpaksa dia yang bayar sebab atas nama dia.
di sinilah segalanya bermula. gaji semakin berkurangan untuk tampung famili gara-gara hutang 80k itu. isteri dah mula bising dan mengungkit. masing-masing mula bawa halatuju sendiri. akhirnya sakinah dan mawaddah itu hilang sedikit demi sedikit dalam rumahtangga yang bahagia.
pada saya, perkahwinan ini ada turun naik. ada pasang surut. dalam saat-saat dilanda masalah seperti ini, bincang, faham dan aturkan semula kehidupan adalah sangat penting. inilah saatnya untuk kita tengok warna sebenar pasangan kita. adakah dia nak pegang erat tangan kita dan sama-sama hadapi masa susah? atau dia nak lepaskan dan biarkan kita susah sendirian?. ya, inilah detiknya.
ya, ada suami yang berkata, "perempuan mana nak susah". hakikatnya perempuan kalau boleh nak susah sentiasa, tak payah senang pun tak apa. sebab banyak suami yang lupa diri bila dah senang. abai anak isteri, melaram macam bujang lagaknya. gebang nak hebat sahaja.
isteri...letak sedikit faham pada situasi. beri ruang dan peluang. atur semula jadual dan ekonomi kehidupan suami isteri andai ianya melibatkan wang. lihat sejauh mana suami berusaha untuk stabilkan segalanya.
suami..jangan ambil kesempatan atas pemahaman diberi isteri. tunjukkan usaha anda sebagai ketua keluarga. ingat...nafkah keluarga di pundak suami. dan nafkah isteri serta anak-anak adalah mendahului nafkah ibu, melainkan ibu yang sangat dhoif kehidupannya.
notakaki: bukan mudah untuk faham. ia mungkin ambil masa berpuluh tahun lamanya.
Thursday, February 16, 2017
"menyesal saya madam sebab tak buat report macam madam suruh"
beberapa bulan lepas, puan N menelefon saya berkenaan dipukul dan diugut oleh suami. dibelasah sehingga lebam dan benjol di kepala.
nasihat saya ialah supaya beliau segera laporkan ke PDRM, dan dapatkan pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan berdekatan.
"saya takut, lepas keluar lokap nanti dia pukul lagi teruk"
kalau takut, dapatkan IPO. itu pesan saya. dan dia berjanji akan buat.
saya cuba dapatkan update, namun gagal dihubungi. cuak juga hati saya, sambil menunggu-nunggu sebarang berita di media massa jika ada wanita yang cedera parah dipukul suami. Namun, tiada sebarang berita.
sehinggalah hari ini, saya dihubungi semula oleh puan N. katanya kali ni dia nekad untuk tuntut fasakh. lega hati saya. saya sudah merasakan dengan bukti yang ada, insyallah dia ada sebab yang kukuh untuk permohonan cerai.
malangnya, satu laporan pun tak dilakukan.
1. sayang suami.
2. bimbang suami pukul dia dengan lebih dahsyat lagi.
3. bimbang suami masuk penjara.
Allahu. kau kena belasah macam betik benyek pun kau masih sayang dan simpati? sedang dia sikit pun tiada rasa simpati.
saya sekadar senyum dan nasihatkan seadanya. saya arahkan dia jumpa lawyer syarie untuk bantu kes dia. saya bagi no phone lawyer dan arahkan dia dapatkan khidmat lawyer syarie.
pada saya, buat apa minta nasihat untuk move on kalau masih sayang suami yang sadis macam tu. minta maaf. saya cuma boleh bagi advise pada orang yang nak terima dan dah cukup kering hati.
di akhir bicara, sempat dia berkata, "tapi saya ada gambar bengkak benjol tu semua madam. tu kira bukti la kan". haizzz....
notakaki sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Friday, February 10, 2017
"madam, bekas suami saya enggan bayar hutang yang saya buat untuk dia dulu. matilah saya"
Perempuan ni kalau dah sayang, memang mabuk kepayang. sanggup bergolok gadai demi orang tersayang. buat pinjaman bank guna nama sendiri untuk yang tersayang tanpa fikir apa akan jadi di masa mendatang. ada lelaki hentam madam bila madam cakap, "jangan buat pinjaman atas nama sendiri tapi untuk orang lain. itu mengundang petaka".
Ingat. Kita tidak akan jatuh derhaka kalau kita enggan buat pinjaman untuk suami. Sebab, bukan tanggungjawab kita untuk 'tanggung' liabiliti suami. Mana-mana Pak Lebai yang tidak setuju statement madam, boleh kemukakan hujah. Sayugia terima komen dengan senyuman.
Mana-mana suami yang rasa nak claim isteri sebagai nusyuz sebab enggan buat pinjaman untuk dirinya, silalah buat dakwaan di mahkamah syariah. Jangan pandai-pandai lontarkan nusyuz semata-mata untuk kepentingan sendiri. Jangan perasan kau boleh cakap nusyuz sana sini tanpa bukti dan dakwaan di mahkamah.
"Habislah saya madam..habislah saya. bekas suami saya tak nak bayar loan yang saya buat dulu untuk dia. mati saya madam. RM650 sebulan selama 5 tahun". mengongoi Jasmin (bukan nama sebenar) pada madam siang tadi.
"Tolong saya madam" rayunya lagi.
Bekas suami dah mula diam. enggan buat bayaran. samada memang tak mampu. atau sengaja nak susahkan bekas isteri.
Apa yang saya mampu tolong, hanyalah beri beberapa cara untuk dia hadapi impak dari kesilapan teknikal semasa masih berkasih sayang.
Sebagai mantan peguam sivil, madam hanya memandang dari aspek undang-undang sivil. perjanjian adalah antara si isteri dan bank. si suami bukan guarantor atau sebaliknya. tiada liabiliti langsung. kau ingat kau tunjuk surat cerai kat bank, maka bank akan lepaskan tanggungan dan alihkan pada bekas suami kau? muahahahaha..kirim salam. apa yang tertera di perjanjian pinjaman, maka itulah yang akan dituntut.
Jadi nak buat macammana?
Saranan madam begini, sebelum sesuatu pinjaman dibuat atau duit diserahkan kepada suami (masa masih lagi lovey dovey gitu) maka sila buat satu perjanjian berkaitan pinjaman tersebut. kena detailkan semua berkenaan bayaran bulanan berapa banyak perlu dibayar. kenapa pinjaman itu dibuat. dan sekiranya terjadi perpisahan siapa yang akan bertanggungan terhadap pinjaman tersebut atau apa mungkin cagaran atau balasan yang akan diberikan oleh suami.
pastikan ada 2 orang saksi bagi perjanjian tersebut. seorang pihak suami. dan seorang pihak isteri. boleh dimatikan setem atau ianya boleh dikuatkuasakan di mahkamah syariah kemudiannya.
walaupun tiada peruntukan khusus mengenai hutang piutang antara suami isteri, seksyen 61 enakmen pentadbiran agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menjelaskan bahawa mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa mendengar serta memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan itu adalah orang Islam.
tindakan itu berkaitan dengan pertunangan, perkahwinan, rujuk, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz atau perkara pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara berkaitan perhubungan suami isteri; apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara dinyatakan di atas.
dalam kes Moriazi Mohamad lawan Ajmawati Attan, mahkamah rayuan syariah selangor memutuskan bahawa mahkamah tinggi syariah mempunyai bidang kuasa membicarakan tuntutan hutang piutang, walaupun tiada peruntukan khusus mengenainya.
malah kes ini juga sebenarnya boleh dibawa ke mahkamah sivil untuk tuntutan dan penguatkuasaan.
yang penting, siap sediakan perjanjian untuk tunjuk dan buktikan bahawa pinjaman tu memang anda buat untuk bantu suami. dan bukan untuk diri sendiri. ingat ye, kalau anda pun abaikan pembayaran semula pinjaman tersebut, risiko anda untuk diisytihar muflis atau blacklist adalah tinggi.
Jadi, dalam keadaan begini. jangan gelabah. hubungi bank tersebut dan mohon untuk reschedule ikut kepada kemampuan anda. atau hadir ke AKPK kalau anda memang benar-benar tidak mampu untuk melangsaikan hutang tersebut. AKPK akan bantu anda, insyallah.
Ya, mungkin sekarang kita adalah loving couple yang termasyhur seantero malaya. tapi kita kena sentiasa ingat. hati manusia adalah di antara jariNya. Dia boleh bolak balikkan hati kita mahupun pasangan sebagaimana mahunya Dia. itu adalah sebahagian dari ujian atau hadiah untuk kita. kita nak pilih jalan sedap tapi neraka atau jalan susah tapi syurga, terpulang. kuat atau tidak sahaja ada pada kita.
Perempuan...kita bukan 'hamba'. Kita ada akal dan kebijaksanaan untuk berfikir dengan lebih hebat dari kaum adam. kadang kala emosi dan kasih sayang kita yang menebal menyebabkan kita dungu.
Notakaki: jangan takut berkata 'tidak' untuk hal-hal serious seperti ini. hatta sebagai penjamin adik beradik ipar juga adalah risiko tinggi. sila jadi cerdik dan terdidik.

Thursday, February 9, 2017
"madam, saya nak khabarkan berita gembira"
beberapa bulan lalu, dia menghubungi saya. bercerita tentang kisah hidupnya. dari awal perkahwinan, hidupnya penuh lara. menanggung hidupnya sendiri. tanpa suami di sisi. suami ada, tetapi ibarat di atas kertas sahaja.
maaf, madam tak dapat kongsikan sepenuhnya kisah hidup dia. apa yang madam ingin kongsikan ialah tentang kekuatan kita untuk yakin dan percaya bahawa doa mereka yang teraniaya itu adalah tanpa hijab. zuppp..terus pada Dia. peratusan untuk makbul juga kuat andai kita minta dengan sungguh2.
dia tak punya cukup tabungan untuk upah peguam. tapi saya cuma nasihatkan, cuba failkan dahulu bawah fasakh. doa banyak2 semoga urusan dipermudahkan. minta pada Dia. sebab Dia yang pegang hati hati sebenarnya. Dia yang lintaskan apa yang hakim syarie akan putuskan.
dan dia akur pesanan dan nasihat madam.
bulan lepas, ayat pertama dia mesej madam, "madam, saya nak khabarkan berita gembira". alhamdulillah, permohonan fasakh dia berjaya dengan hanya bersandarkan sumpah dan kenyataan dari dia semata. suami tidak hadir walau saman telah diserahkan. kes dia dalam kategori straight forward. dan madam suka sikap hakim ini. seperti kes sivil, sekiranya tiada balasan dari pihak defendan...OIT akan diberikan. dan itu ialah hari pertama pendengaran kes. kes dia paling akhir dipanggil. hakim dan jurubahasa mahkamah sahaja yang mendengar segalanya selain madam, dan family nya yang tahu perit yang dia tanggung. dia punya bukti yang kukuh untuk tuntutan fasakh.
sungguh. syukur ke hadrat Illahi dan terima kasih tuan hakim kerana tidak menyusahkan dan meleretkan lagi jalan cerita derita wanita yang layak berbahagia itu.
notakaki: sungguh. letakkan yakin pada Dia, bukan pada lawyer mahupun hakim di dunia. sebab hanya Dia..hakim mahkamah agung di mahsyar sana.

Wednesday, February 8, 2017
"madam, suami selalu pukul saya. boleh ke buat report tapi tak nak polis tangkap?"
Dalam hidup madam sebagai perempuan, bagi madam ada 2 benda madam susah nak toleransi.
1. lelaki curang dan tamak kasih sayang.
2. lelaki suka pukul dan maki perempuan.
Banyak isteri datang pada madam dan bercerita di maki hamun serta dipukul. yang pecah bibir, yang retak tangan, yang gegendang telinga rosak, yang kepala biol. macam-macam ada. Madam tak tahu jantan suka pukul bini ni lahir dari mana? dari pokok pisang agaknya, atau mungkin anak buluh betong. yang bukan lahir dari rahim seorang perempuan. tapi kalau mak dia pun dia terajang, apatah lagi bini dia kan? ini adalah spesies orang sakit. sakit jiwa. rohani tak tenang.
dan banyak kes begini adalah jenis lelaki yang gagal jaga solat 5 waktu dan ibadah-ibadah lain. ya, ada juga ustaz2 waima pak lebai yang solat kat masjid semua, tapi pukul bini dan curang. Itu part lain. Itu madam lebih suka nak rujuk sebagai ujian dia sebagai pendukung agama yang orang nampak sebagai kuat imannya.
Tolonglah! Madam merayu sangat. Kalau kena pukul dengan suami, diancam dengan senjata atau sesuatu yang bahaya macam cuka getah, asid atau apa sahaja..buat laporan polis yang serious dan jangan tarik balik. Ramai isteri bila buat laporan, polis tanya nak tangkap tak...dia akan jawab tak. "bagi amaran je laa tuan".
Baik, di sini sebenarnya punca masalah. PDRM jadi serba salah bila melibatkan hal rumahtangga. samada nak tangkap atau amaran. dalam sesetengah kes, bila PDRM tak bertindak..orang kita marah. walhal kita sendiri yang menyebabkan PDRM serba salah nak jalankan tugas atas tiket kes laki bini. Tolonglah. Lantak pi la polis nak tangkap dia ke apa. Biarkan. Kau seorang je hegeh-hegeh sayangkan dia. Kau rasa dia sayangkan kau ke? Pukul Bantai tanda sayang ke? Jadi madam nasihatkan, bila dipukul dan cedera..minta polis jalankan siasatan. jangan konon kau kesian dia. tak sampai hati bagai. madam kerat jari ye...spesies macam tu dia tengok kau mati kena belasah pun dia takkan ada rasa sampai hati kat kau tau. jadinya, biarkan dia kena tangkap.
next step, kau jangan lupa dapatkan medical check up. di hosiptal kerajaan. terus terang. kau kena belasah dengan suami. tak payah temberang yang konon kau jatuh tangga lah, jatuh bilik airlah, terlanggar gajah lah. tak payah. sebab doktor akan bantu kau buat report yang akan sangat-sangat berguna untuk pembuktian dan defence diri kau kelak.
sekiranya kau takut dia kluar lokap dia belasah kau lagi teruk, maka sila dapatkan interim protection order (IPO) atau perintah perlindungan sementara. dari jabatan kebajikan masyarakat. dengan laporan polis dan perubatan, insyallah pegawai perlindungan boleh bantu dapatkan IPO.
"madam, habis tu takkan saya nak tunggu dia sampai dia keluar lokap. nanti kena pukul lagi, tak guna ada IPO. nak kluar, nanti nusyuz".
hah..part ni jangan jadi baghal ye puan-puan. kau jangan tadah muka. dah ada IPO semua, sila larikan diri ke tempat yang selamat. keluar rumah, terus buat report polis kalau kau takut juga kena claim nusyuz, nyatakan dalam report yang kau keluar sebab nyawa diancam dan bimbang sesuatu yang buruk berlaku.
insyallah kau ada kes yang kuat untuk elakkan dakwaan nusyuz. well, nusyuz tu kena dipohon di mahkamah. kalau hakim dah tengok fakta kau macam ni, dia tenung je muka suami tu macam nak telan. nusyuz part dia memang dia tak perasan. nanti mahkamah agung kat mahsyar nanti kau biar di jawab.
part macam ni, aku tak faham kenapa perempuan tak sampai hati. babe, kau kena belasah tau. bukan kena belai. part mana yang buat kau tak dapat fikir waras? pfttt. marah betul madam dengan kaum madam yang dungu dek cinta macam ni. stop it girls. kita bukan hidup untuk jadi punching bag lelaki. kita hidup untuk jadi penyejuk di mata dan penawar di hati suami. untuk jadi teman dan untuk raih mawaddah sama-sama.
luahkan semua yang kau rasa. pada Tuhan. pada teman yang boleh dipercaya. ingat..hidup ini adalah tentang akhirat yang bahagia. macammana kau nak tuai pahala dunia kalau kau tak pernah nak bahagia. sakinah tu dah hilang. kau kena cari semula sakinah tu, walau mungkin perceraian adalah jalannya.
Notakaki: sesudu vivix pengubat letih. penat madam attend case. madam bukan kaunselor. jadi jangan marah ye kalau sesetngah kes madam suruh pergi ke unit kaunseling dan psikologi hospital berdekatan.

"madam, suami saya pendiam. susah nak berbincang. Macammana ni ye?"
Kisah suami pendiam ni rasanya ramai yang dah lalui. Cuma macammana anda nak terima keadaan dia yang memang macam tu. tak bisu. tak suka bincang. tapi berakhir dengan buat muka.
hahahaha. *ok ni bicara serious lah madam*
Lelaki ni dia ada ego tersendiri. Perempuan pun ada ego. cuma ego perempuan ni biasanya tumpas dengan kasih sayang. ego lelaki susah nak ditewaskan.
Siapa kat sini berkahwin dengan lelaki pendiam angkat tangan? *madam angkat tangan juga*. hahaha. jangan tak tahu, madam seorang penulis blog dan email yang baik suatu masa dahulu sebab dapat suami yang pendiam dan tak tahu macammana nak start bincang.
awal perkahwinan kami, tiada facebook. tak boleh nak tagged laki dalam facebook pasal artikel suami mithali bagai. Jadi, madam cuma boleh bagi email atau sms yang panjang berjela untuk luahkan isi hati. tapi masalahnya, aku pun tak tahu laki aku tu baca atau tak email dan sms tu. reaksi sama je. ihiks. muka ketat.
orang perempuan ni tak boleh kalau lelaki kesayangan dia muka ketat, maka bermulalah dialog seperti,
"abang marah sayang ke? sayang minta maaf kalau buat salah"
"apa salah sayang bang? cuba bagitau"
"abang...sayang minta maaf, ampunkan dosa sayang. sayang banyak silap kat abang"
dan macam-macam lagi dialog neng yatimah akan dilontarkan.
korang jangan ingat madam tak lalui fasa tu. sebab madam kahwin dengan spesies pendiam. walhal sebenarnya lelaki diam ni sebab dia penat, dia tension kat tempat kerja. dia ngantuk. macam-macam anggapan dulu madam buat kat abam mat jack. tapi sebenarnya dia ok je. dia ngantuk atau penat kerja je kadang-kadang.
solusinya, ikut gaya dia. biarkan dia nak senyap selama mana yang dia nak. kalau dia tanya, jawab. kalau dia tak tanya, diam. tak payah susah payah nak minta maaf atau buat drama sendu. kau tanya sekali je, apa salah kau sampai emosi dia sentap. kalau dia cakap, "abang ok je". bermakna memang dia ok. kau tak payah korek sampai lubang cacing nak tahu apa masalah dia. sebab kau dah tanya, dia tak bagi respon. so kau ikut gaya dia.
sebab tu madam ada banyak masa update blog satu masa dulu sebab suami madam tak banyak cakap. so, aku cakap je laa dengan blog aku tu hah. hahaha. sekrang takde masa nak update sangat sebab ada anak dan suami pun dah mula pandai bersosial. pandai cakap dan pandai bawa berbincang.
kalau bab benda-benda nak bincang pula, kau cakap je dengan dia..gini gini gitu gitu. tengok respon dia. kalau dia diam membatu, setuju tak..bangkang pun tak. madam cadangkan kau cakap macam ni, "sebab awak pun diam tak nak bagi keputusan, saya pula kena buat keputusan..saya rasa kita kena jumpa qadhi atau hakim mahkamah syariah untuk bantu kita selesaikan masalah ni". ye laa. benda perlu bincang dia tak nak bincang. so, minta pihak ke-3 je lah putuskan untuk korang.
hidup suami isteri ni kena bincang. jangan suka nak buat surprise atau prank.
"kemas baju. kita balik kampung". eh..angin tidak..ribut pun tidak. tahu tahu ajak balik kampung.
tengah drive balik dari tempat kerja, kau singgah rumah sepupu kau, "singgah sini sekejap. dia ada nak jual barang kat kita". eh...kau tahu tak, wife dah rancang nak masak nasi, nak mandi, nak baring2. penat balik kerja.
benda-benda spontan macam ni memang kadang-kadang jadi, tapi jangan biasakan. sekurang-kurangnya beritahu sehari awal. macam madam pun selalu kena marah, sebab lambat beritahu. kadang sebab aku terlupa. kadang sebab aku dah beritahu tapi abam mat jack ko yang terlupa.
alhasil balik asal. kau dah tahu dia memang pendiam, kau kena sedia sebelum jadi wife dia. sebab itu memang diri dia. kalau kau mengharapkan dia berubah selepas kahwin, itu sedikit mustahil. pendek kata, kau yang kena sesuaikan diri dengan keadaan dia macam tu. kalau kau rasa tertekan dengan keadaan macam tu, pergilah kaunseling di pejabat agama. bukan putuskan untuk bercerai terus. terima dia sebagaimana kau terima dia sebelum kahwin dulu. kalau kau rasa kau memang tak suka lelaki pendiam, elakkan kahwin dengan orang macam tu. tapi kalau memang jodoh, kau kena tahu bahawa Allah tu tetapkan apa yang Dia tahu apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita nak.
ok?
Notakaki: Kalau pening sangat, makan B Complex bila berdepan suami macam ni. kurangkan sikit beban kat kepala dengan B Complex. Eh..bukan dadah laa. Tapi boleh bantu minda yang lebih tenang dengan kecukupan nutrisi vitamin B.

"Madam, suami saya tak bagi bersolek. Macammana saya nak cantik dan menarik?"
Salam sayang semua.
Baru-baru, madam didatangi seorang ibu muda dan bertanykan satu soalan, "madam, saya teringin nak bersolek dan cantik-cantik macam madam. tapi suami saya tak bagi. macammana ye madam?"
Maka, madam pun sekodeng sekejap kehidupan dia dalam Facebook. selidik punya selidik, suami dia berusia 40-an, sedangkan dia baru masuk 30. Alhamdulillah, suami dia baik, prihatin, rajin tolong hal ehwal rumahtangga. Cuma, mungkin rasa insecure sebab wife dia muda dan jelita lagi. Tambahan pula duduk kat kampong. Pattern orang kampung ni lain sikit. Hahaha. Madam pun orang kampung. Cuma dah ada keterbukaan la untuk sesetengah benda. Ye laa, orang kampung ni kalau ko melaram sikit, kadang2 jadi isu. pakai blusher sikit, mekap sikit, gincu sikit..adalah nanti yang menjeling. Tahu-tahu balik rumah, mak dah membebel.."ko nak jadi pompuan garittt? ko nak ngorat jantan mana?". Ellooo..ni kisah benar ok. Kawan madam kena. Madam ni bangsa tak bersolek kat kampung. Hajah Par pun tak kisah mana. Kesian dia. Balik dari JB, dah kena tempelak pompuan garitt.
Ya, madam faham kenapa suami dia tak izinkan. Ianya lebih kepada factor sekeliling. Ya, kita tak hidup dengan puji dan tak mati dek keji. Tapi dalam hal-hal macam ni, ko terpaksa hadapi. Itulah realiti. Tapi sekarang ni dah makin ok kot, sebab kampung madam pun dah ramai generasi muda yang open minded. Zaman dulu2 ye laa. ada je radio karat sampai berita lebih cepat dari internet.
Madam nasihatkan pada dia 2 perkara. Sebab suami dia tak bagi dia bersolek bagai, kita bagi dia kaedah lain.
1. Kekemasan diri dan pemilihan warna pakaian & tudung.
Self Confident dan kecantikan itu kadang-kadang bukan pasal solekan. Itu factor plus minus je. tapi ketrampilan diri juga boleh buat self confident dan kecantikan itu terserleh. Bagaimana nak trampilkan diri? Ya, melalui pemakaian dan warna pakaian yang sesuai.
Boleh gunakan teori hajah par untuk situasi pemakaian ni. hahahaa. Ok, antara teori hajah par ialah:
1. orang muda kena pakai warna orang muda, cth biru firus, hijau daun pisang, kuning diraja, merah mak ngah, baby purple.
2. kalau nak impak persona, gunakan warna2 seperti royal blue, green emerald, mustard. warna2 ni ada wow factors tersendiri. boleh try color blocking dengan warna2 ni. tapi jangan merepek pulak padanannya.
3. jangan sedondon sangat. hijau dari atas sampai bawah. kau ingat kau pokok pisang? cuba blend dengan color kuning atau baby pink untuk color hijau tu. google dulu sebelum mix and match.
4. jangan semua nak berbunga. tudung bunga, baju bunga, seluar bunga. dah macam taman bunga dari jauh. gabungkan. kalau baju kurung bunga, padankan dengan tudung plain dengan warna Tanah baju atau bunga baju. ikut lah mana yang padan. kalau baju plain pulak, boleh nak pakai tudung plain, tapi biar tudung yang dengan aksesori, manik ke..sulaman ke..atau pakai rantai aksesori atau brooch yang mengancam.
5. Gaya bertudung yang sesuai dengan wajah bagi efek yang lebih menawan. Cth, madam kena pakai tudung dengan awning bagi efek slimming beauty pada wajah.
yang lain-lain, sila tanya pada yang pakar atau google je.
2. Makan Supplements yang membantu menaikkan persona diri dan mencantikkan wajah secara semulajadi.

Bagi madam, sudah tentu lah madam recommend produk Shaklee. Sebab madam pun ejen. ekekeke. Tapi sebab utama madam sarankan Shaklee ialah kerana ada kajian dan ujian klinikal yang dijalankan pada setiap bahan yang digunakan dan juga pada setiap produk yang terhasil. Ingat ya, pengguna yang bijak akan nilai berdasarkan kajian dan ujian klinikal. Bukan testimonial semata. Jangan sebab nak murah, uols perjudikan kecantikan dan kesihatan diri.
Shaklee mahal? eee..tak langsung.
Set A - RM241.50 (vita E - 4 bulan, vita C - 6 bulan). *if nak top up vita E after 4 bulan -RM149 sahaja*
Set B - RM295.25 (additional Bcomplex - 4 bulan juga)
Set C - RM593.25 (additional Collagen Powder utk 15 hari)
Set D - RM1068.25 (additional vivix utk sebulan).
Tapi, kalau ambil set D lagi jimat sebenarnya. Sebab potongan sehingga 20%, dapat free membership dan cash bonus terus. Best kan?
Lately madam dah istiqamah kan pengambilan vivix dan collagen. umur dah masuk pertengahan 30-an ni, memang kulit dan wajah serta kesihatan dalaman lah investment paling berharga.
ini contoh diri sendiri. hahaha. pemilihan warna yang betul, pemakaian tudung yang betul, sedikit solekan (tu hanya foundation, lipstick dan bentukkan kening) serta istiqamah makan vitamin, insyallah boleh bangkitkan aura dan persona kita sebagai wanita.
Untuk para suami, suatu perkara yang anda perlu tahu bahawa isteri anda adalah seorang yang cantik. kalau tidak, masakan anda memilih dia sebagai isteri. betul tak? apabila dia bergelar isteri, maka banyak perkara yang dia terbatas dan mungkin juga anda bataskan. jangan bersolek. jangan cantik-cantik. jangan keluar rumah. jangan kerja. banyak sangat pengorbanan yang isteri ni buat demi untuk redho suami dan syurga.
Tapi fikir semula, sejauh mana anda hargai pengorbanan mereka? Atau mungkin buat anda jadi jemu dan jelak dengan mereka yang kini serebeh selekeh dek menjadi surirumah dengan anak-anak yang ramai. Ya, anda mungkin boleh kata, siapa suruh dia selekeh? saya tak suruh pun. senang cakap, tapi bila isteri minta duit utk beli supplements, bedak, lipstick..anda jawab apa, "tak payah. guna je baby powder anak tu. sama je. buruk juga awak tu". sadis. tapi itulah realiti.
anda lokek dengan isteri yang nak cantik-cantik tapi anda teruja dengan mak janda montok yang cantik. mak janda tu bersolek bagi nampak cantik. makan jamu bagi nampak montok. mak janda tu takde anak-anak kecil untuk buat dia serabai dan masam dengan muntah bayi.
balik rumah dan tengok almari isteri anda. baju apa yang dia ada. bedak apa yang dia guna. lipstick dia ada tak? dia ada makan jamu dan supplements tak? check dan recheck.
jangan hanya nak menggatal sebab kononnya isteri dah lari bentuk dan serabai. hakikatnya, dia jadi macam tu sebab jadi isteri pada lelaki kedekut macam kau.
notakaki: anggap isteri sebagai aset dunia akhirat. bukan liabiliti macam hutang bank
Subscribe to:
Posts (Atom)