beberapa bulan lepas, puan N menelefon saya berkenaan dipukul dan diugut oleh suami. dibelasah sehingga lebam dan benjol di kepala.
nasihat saya ialah supaya beliau segera laporkan ke PDRM, dan dapatkan pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan berdekatan.
"saya takut, lepas keluar lokap nanti dia pukul lagi teruk"
kalau takut, dapatkan IPO. itu pesan saya. dan dia berjanji akan buat.
saya cuba dapatkan update, namun gagal dihubungi. cuak juga hati saya, sambil menunggu-nunggu sebarang berita di media massa jika ada wanita yang cedera parah dipukul suami. Namun, tiada sebarang berita.
sehinggalah hari ini, saya dihubungi semula oleh puan N. katanya kali ni dia nekad untuk tuntut fasakh. lega hati saya. saya sudah merasakan dengan bukti yang ada, insyallah dia ada sebab yang kukuh untuk permohonan cerai.
malangnya, satu laporan pun tak dilakukan.
1. sayang suami.
2. bimbang suami pukul dia dengan lebih dahsyat lagi.
3. bimbang suami masuk penjara.
Allahu. kau kena belasah macam betik benyek pun kau masih sayang dan simpati? sedang dia sikit pun tiada rasa simpati.
saya sekadar senyum dan nasihatkan seadanya. saya arahkan dia jumpa lawyer syarie untuk bantu kes dia. saya bagi no phone lawyer dan arahkan dia dapatkan khidmat lawyer syarie.
pada saya, buat apa minta nasihat untuk move on kalau masih sayang suami yang sadis macam tu. minta maaf. saya cuma boleh bagi advise pada orang yang nak terima dan dah cukup kering hati.
di akhir bicara, sempat dia berkata, "tapi saya ada gambar bengkak benjol tu semua madam. tu kira bukti la kan". haizzz....
notakaki sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
No comments:
Post a Comment