Wednesday, February 8, 2017

"madam, suami saya pendiam. susah nak berbincang. Macammana ni ye?"

Kisah suami pendiam ni rasanya ramai yang dah lalui. Cuma macammana anda nak terima keadaan dia yang memang macam tu. tak bisu. tak suka bincang. tapi berakhir dengan buat muka.

hahahaha. *ok ni bicara serious lah madam*

Lelaki ni dia ada ego tersendiri. Perempuan pun ada ego. cuma ego perempuan ni biasanya tumpas dengan kasih sayang. ego lelaki susah nak ditewaskan.

Siapa kat sini berkahwin dengan lelaki pendiam angkat tangan? *madam angkat tangan juga*. hahaha. jangan tak tahu, madam seorang penulis blog dan email yang baik suatu masa dahulu sebab dapat suami yang pendiam dan tak tahu macammana nak start bincang.

awal perkahwinan kami, tiada facebook. tak boleh nak tagged laki dalam facebook pasal artikel suami mithali bagai. Jadi, madam cuma boleh bagi email atau sms yang panjang berjela untuk luahkan isi hati. tapi masalahnya, aku pun tak tahu laki aku tu baca atau tak email dan sms tu. reaksi sama je. ihiks. muka ketat.

orang perempuan ni tak boleh kalau lelaki kesayangan dia muka ketat, maka bermulalah dialog seperti,

"abang marah sayang ke? sayang minta maaf kalau buat salah"

"apa salah sayang bang? cuba bagitau"

"abang...sayang minta maaf, ampunkan dosa sayang. sayang banyak silap kat abang"

dan macam-macam lagi dialog neng yatimah akan dilontarkan.

korang jangan ingat madam tak lalui fasa tu. sebab madam kahwin dengan spesies pendiam. walhal sebenarnya lelaki diam ni sebab dia penat, dia tension kat tempat kerja. dia ngantuk. macam-macam anggapan dulu madam buat kat abam mat jack. tapi sebenarnya dia ok je. dia ngantuk atau penat kerja je kadang-kadang.

solusinya, ikut gaya dia. biarkan dia nak senyap selama mana yang dia nak. kalau dia tanya, jawab. kalau dia tak tanya, diam. tak payah susah payah nak minta maaf atau buat drama sendu. kau tanya sekali je, apa salah kau sampai emosi dia sentap. kalau dia cakap, "abang ok je". bermakna memang dia ok. kau tak payah korek sampai lubang cacing nak tahu apa masalah dia. sebab kau dah tanya, dia tak bagi respon. so kau ikut gaya dia.

sebab tu madam ada banyak masa update blog satu masa dulu sebab suami madam tak banyak cakap. so, aku cakap je laa dengan blog aku tu hah. hahaha. sekrang takde masa nak update sangat sebab ada anak dan suami pun dah mula pandai bersosial. pandai cakap dan pandai bawa berbincang.

kalau bab benda-benda nak bincang pula, kau cakap je dengan dia..gini gini gitu gitu. tengok respon dia. kalau dia diam membatu, setuju tak..bangkang pun tak. madam cadangkan kau cakap macam ni, "sebab awak pun diam tak nak bagi keputusan, saya pula kena buat keputusan..saya rasa kita kena jumpa qadhi atau hakim mahkamah syariah untuk bantu kita selesaikan masalah ni". ye laa. benda perlu bincang dia tak nak bincang. so, minta pihak ke-3 je lah putuskan untuk korang.

hidup suami isteri ni kena bincang. jangan suka nak buat surprise atau prank.

"kemas baju. kita balik kampung". eh..angin tidak..ribut pun tidak. tahu tahu ajak balik kampung.

tengah drive balik dari tempat kerja, kau singgah rumah sepupu kau, "singgah sini sekejap. dia ada nak jual barang kat kita". eh...kau tahu tak, wife dah rancang nak masak nasi, nak mandi, nak baring2. penat balik kerja.

benda-benda spontan macam ni memang kadang-kadang jadi, tapi jangan biasakan. sekurang-kurangnya beritahu sehari awal. macam madam pun selalu kena marah, sebab lambat beritahu. kadang sebab aku terlupa. kadang sebab aku dah beritahu tapi abam mat jack ko yang terlupa.

alhasil balik asal. kau dah tahu dia memang pendiam, kau kena sedia sebelum jadi wife dia. sebab itu memang diri dia. kalau kau mengharapkan dia berubah selepas kahwin, itu sedikit mustahil. pendek kata, kau yang kena sesuaikan diri dengan keadaan dia macam tu. kalau kau rasa tertekan dengan keadaan macam tu, pergilah kaunseling di pejabat agama. bukan putuskan untuk bercerai terus. terima dia sebagaimana kau terima dia sebelum kahwin dulu. kalau kau rasa kau memang tak suka lelaki pendiam, elakkan kahwin dengan orang macam tu. tapi kalau memang jodoh, kau kena tahu bahawa Allah tu tetapkan apa yang Dia tahu apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita nak.

ok?

Notakaki: Kalau pening sangat, makan B Complex bila berdepan suami macam ni. kurangkan sikit beban kat kepala dengan B Complex. Eh..bukan dadah laa. Tapi boleh bantu minda yang lebih tenang dengan kecukupan nutrisi vitamin B.


No comments:

Post a Comment