Thursday, February 9, 2017

"madam, saya nak khabarkan berita gembira"

beberapa bulan lalu, dia menghubungi saya. bercerita tentang kisah hidupnya. dari awal perkahwinan, hidupnya penuh lara. menanggung hidupnya sendiri. tanpa suami di sisi. suami ada, tetapi ibarat di atas kertas sahaja.

maaf, madam tak dapat kongsikan sepenuhnya kisah hidup dia. apa yang madam ingin kongsikan ialah tentang kekuatan kita untuk yakin dan percaya bahawa doa mereka yang teraniaya itu adalah tanpa hijab. zuppp..terus pada Dia. peratusan untuk makbul juga kuat andai kita minta dengan sungguh2.

dia tak punya cukup tabungan untuk upah peguam. tapi saya cuma nasihatkan, cuba failkan dahulu bawah fasakh. doa banyak2 semoga urusan dipermudahkan. minta pada Dia. sebab Dia yang pegang hati hati sebenarnya. Dia yang lintaskan apa yang hakim syarie akan putuskan.

dan dia akur pesanan dan nasihat madam.

bulan lepas, ayat pertama dia mesej madam, "madam, saya nak khabarkan berita gembira". alhamdulillah, permohonan fasakh dia berjaya dengan hanya bersandarkan sumpah dan kenyataan dari dia semata. suami tidak hadir walau saman telah diserahkan. kes dia dalam kategori straight forward. dan madam suka sikap hakim ini. seperti kes sivil, sekiranya tiada balasan dari pihak defendan...OIT akan diberikan. dan itu ialah hari pertama pendengaran kes. kes dia paling akhir dipanggil. hakim dan jurubahasa mahkamah sahaja yang mendengar segalanya selain madam, dan family nya yang tahu perit yang dia tanggung. dia punya bukti yang kukuh untuk tuntutan fasakh.

sungguh. syukur ke hadrat Illahi dan terima kasih tuan hakim kerana tidak menyusahkan dan meleretkan lagi jalan cerita derita wanita yang layak berbahagia itu.

notakaki: sungguh. letakkan yakin pada Dia, bukan pada lawyer mahupun hakim di dunia. sebab hanya Dia..hakim mahkamah agung di mahsyar sana.

No comments:

Post a Comment