Wednesday, February 8, 2017

"Madam, suami saya tak bagi bersolek. Macammana saya nak cantik dan menarik?"

Salam sayang semua.


Baru-baru, madam didatangi seorang ibu muda dan bertanykan satu soalan, "madam, saya teringin nak bersolek dan cantik-cantik macam madam. tapi suami saya tak bagi. macammana ye madam?"


Maka, madam pun sekodeng sekejap kehidupan dia dalam Facebook. selidik punya selidik, suami dia berusia 40-an, sedangkan dia baru masuk 30. Alhamdulillah, suami dia baik, prihatin, rajin tolong hal ehwal rumahtangga. Cuma, mungkin rasa insecure sebab wife dia muda dan jelita lagi. Tambahan pula duduk kat kampong. Pattern orang kampung ni lain sikit. Hahaha. Madam pun orang kampung. Cuma dah ada keterbukaan la untuk sesetengah benda. Ye laa, orang kampung ni kalau ko melaram sikit, kadang2 jadi isu. pakai blusher sikit, mekap sikit, gincu sikit..adalah nanti yang menjeling. Tahu-tahu balik rumah, mak dah membebel.."ko nak jadi pompuan garittt? ko nak ngorat jantan mana?". Ellooo..ni kisah benar ok. Kawan madam kena. Madam ni bangsa tak bersolek kat kampung. Hajah Par pun tak kisah mana. Kesian dia. Balik dari JB, dah kena tempelak pompuan garitt.


Ya, madam faham kenapa suami dia tak izinkan. Ianya lebih kepada factor sekeliling. Ya, kita tak hidup dengan puji dan tak mati dek keji. Tapi dalam hal-hal macam ni, ko terpaksa hadapi. Itulah realiti. Tapi sekarang ni dah makin ok kot, sebab kampung madam pun dah ramai generasi muda yang open minded. Zaman dulu2 ye laa. ada je radio karat sampai berita lebih cepat dari internet.


Madam nasihatkan pada dia 2 perkara. Sebab suami dia tak bagi dia bersolek bagai, kita bagi dia kaedah lain.


1. Kekemasan diri dan pemilihan warna pakaian & tudung.


Self Confident dan kecantikan itu kadang-kadang bukan pasal solekan. Itu factor plus minus je. tapi ketrampilan diri juga boleh buat self confident dan kecantikan itu terserleh. Bagaimana nak trampilkan diri? Ya, melalui pemakaian dan warna pakaian yang sesuai.


Boleh gunakan teori hajah par untuk situasi pemakaian ni. hahahaa. Ok, antara teori hajah par ialah:
1. orang muda kena pakai warna orang muda, cth biru firus, hijau daun pisang, kuning diraja, merah mak ngah, baby purple.
2. kalau nak impak persona, gunakan warna2 seperti royal blue, green emerald, mustard. warna2 ni ada wow factors tersendiri. boleh try color blocking dengan warna2 ni. tapi jangan merepek pulak padanannya.
3. jangan sedondon sangat. hijau dari atas sampai bawah. kau ingat kau pokok pisang? cuba blend dengan color kuning atau baby pink untuk color hijau tu. google dulu sebelum mix and match.
4. jangan semua nak berbunga. tudung bunga, baju bunga, seluar bunga. dah macam taman bunga dari jauh. gabungkan. kalau baju kurung bunga, padankan dengan tudung plain dengan warna Tanah baju atau bunga baju. ikut lah mana yang padan. kalau baju plain pulak, boleh nak pakai tudung plain, tapi biar tudung yang dengan aksesori, manik ke..sulaman ke..atau pakai rantai aksesori atau brooch yang mengancam.
5. Gaya bertudung yang sesuai dengan wajah bagi efek yang lebih menawan. Cth, madam kena pakai tudung dengan awning bagi efek slimming beauty pada wajah.

yang lain-lain, sila tanya pada yang pakar atau google je.

2. Makan Supplements yang membantu menaikkan persona diri dan mencantikkan wajah secara semulajadi.


Bagi madam, sudah tentu lah madam recommend produk Shaklee. Sebab madam pun ejen. ekekeke. Tapi sebab utama madam sarankan Shaklee ialah kerana ada kajian dan ujian klinikal yang dijalankan pada setiap bahan yang digunakan dan juga pada setiap produk yang terhasil. Ingat ya, pengguna yang bijak akan nilai berdasarkan kajian dan ujian klinikal. Bukan testimonial semata. Jangan sebab nak murah, uols perjudikan kecantikan dan kesihatan diri. 

Shaklee mahal? eee..tak langsung.

Set A - RM241.50 (vita E - 4 bulan, vita C - 6 bulan). *if nak top up vita E after 4 bulan -RM149 sahaja*
Set B - RM295.25 (additional Bcomplex - 4 bulan juga)
Set C - RM593.25 (additional Collagen Powder utk 15 hari)
Set D - RM1068.25 (additional vivix utk sebulan).

Tapi, kalau ambil set D lagi jimat sebenarnya. Sebab potongan sehingga 20%, dapat free membership dan cash bonus terus. Best kan?

Lately madam dah istiqamah kan pengambilan vivix dan collagen. umur dah masuk pertengahan 30-an ni, memang kulit dan wajah serta kesihatan dalaman lah investment paling berharga. 

ini contoh diri sendiri. hahaha. pemilihan warna yang betul, pemakaian tudung yang betul, sedikit solekan (tu hanya foundation, lipstick dan bentukkan kening) serta istiqamah makan vitamin, insyallah boleh bangkitkan aura dan persona kita sebagai wanita. 

Untuk para suami, suatu perkara yang anda perlu tahu bahawa isteri anda adalah seorang yang cantik. kalau tidak, masakan anda memilih dia sebagai isteri. betul tak? apabila dia bergelar isteri, maka banyak perkara yang dia terbatas dan mungkin juga anda bataskan. jangan bersolek. jangan cantik-cantik. jangan keluar rumah. jangan kerja. banyak sangat pengorbanan yang isteri ni buat demi untuk redho suami dan syurga.

Tapi fikir semula, sejauh mana anda hargai pengorbanan mereka? Atau mungkin buat anda jadi jemu dan jelak dengan mereka yang kini serebeh selekeh dek menjadi surirumah dengan anak-anak yang ramai. Ya, anda mungkin boleh kata, siapa suruh dia selekeh? saya tak suruh pun. senang cakap, tapi bila isteri minta duit utk beli supplements, bedak, lipstick..anda jawab apa, "tak payah. guna je baby powder anak tu. sama je. buruk juga awak tu". sadis. tapi itulah realiti.

anda lokek dengan isteri yang nak cantik-cantik tapi anda teruja dengan mak janda montok yang cantik. mak janda tu bersolek bagi nampak cantik. makan jamu bagi nampak montok. mak janda tu takde anak-anak kecil untuk buat dia serabai dan masam dengan muntah bayi. 

balik rumah dan tengok almari isteri anda. baju apa yang dia ada. bedak apa yang dia guna. lipstick dia ada tak? dia ada makan jamu dan supplements tak? check dan recheck. 

jangan hanya nak menggatal sebab kononnya isteri dah lari bentuk dan serabai. hakikatnya, dia jadi macam tu sebab jadi isteri pada lelaki kedekut macam kau.

notakaki: anggap isteri sebagai aset dunia akhirat. bukan liabiliti macam hutang bank


No comments:

Post a Comment