Wednesday, February 8, 2017

"madam, suami selalu pukul saya. boleh ke buat report tapi tak nak polis tangkap?"

Dalam hidup madam sebagai perempuan, bagi madam ada 2 benda madam susah nak toleransi.
1. lelaki curang dan tamak kasih sayang.
2. lelaki suka pukul dan maki perempuan.

Banyak isteri datang pada madam dan bercerita di maki hamun serta dipukul. yang pecah bibir, yang retak tangan, yang gegendang telinga rosak, yang kepala biol. macam-macam ada. Madam tak tahu jantan suka pukul bini ni lahir dari mana? dari pokok pisang agaknya, atau mungkin anak buluh betong. yang bukan lahir dari rahim seorang perempuan. tapi kalau mak dia pun dia terajang, apatah lagi bini dia kan? ini adalah spesies orang sakit. sakit jiwa. rohani tak tenang.

dan banyak kes begini adalah jenis lelaki yang gagal jaga solat 5 waktu dan ibadah-ibadah lain. ya, ada juga ustaz2  waima pak lebai yang solat kat masjid semua, tapi pukul bini dan curang. Itu part lain. Itu madam lebih suka nak rujuk sebagai ujian dia sebagai pendukung agama yang orang nampak sebagai kuat imannya.

Tolonglah! Madam merayu sangat. Kalau kena pukul dengan suami, diancam dengan senjata atau sesuatu yang bahaya macam cuka getah, asid atau apa sahaja..buat laporan polis yang serious dan jangan tarik balik. Ramai isteri bila buat laporan, polis tanya nak tangkap tak...dia akan jawab tak. "bagi amaran je laa tuan".

Baik, di sini sebenarnya punca masalah. PDRM jadi serba salah bila melibatkan hal rumahtangga. samada nak tangkap atau amaran. dalam sesetengah kes, bila PDRM tak bertindak..orang kita marah. walhal kita sendiri yang menyebabkan PDRM serba salah nak jalankan tugas atas tiket kes laki bini. Tolonglah. Lantak pi la polis nak tangkap dia ke apa. Biarkan. Kau seorang je hegeh-hegeh sayangkan dia. Kau rasa dia sayangkan kau ke? Pukul Bantai tanda sayang ke? Jadi madam nasihatkan, bila dipukul dan cedera..minta polis jalankan siasatan. jangan konon kau kesian dia. tak sampai hati bagai. madam kerat jari ye...spesies macam tu dia tengok kau mati kena belasah pun dia takkan ada rasa sampai hati kat kau tau. jadinya, biarkan dia kena tangkap.

next step, kau jangan lupa dapatkan medical check up. di hosiptal kerajaan. terus terang. kau kena belasah dengan suami. tak payah temberang yang konon kau jatuh tangga lah, jatuh bilik airlah, terlanggar gajah lah. tak payah. sebab doktor akan bantu kau buat report yang akan sangat-sangat berguna untuk pembuktian dan defence diri kau kelak.

sekiranya kau takut dia kluar lokap dia belasah kau lagi teruk, maka sila dapatkan interim protection order (IPO) atau perintah perlindungan sementara. dari jabatan kebajikan masyarakat. dengan laporan polis dan perubatan, insyallah pegawai perlindungan boleh bantu dapatkan IPO.

"madam, habis tu takkan saya nak tunggu dia sampai dia keluar lokap. nanti kena pukul lagi, tak guna ada IPO. nak kluar, nanti nusyuz".

hah..part ni jangan jadi baghal ye puan-puan. kau jangan tadah muka. dah ada IPO semua, sila larikan diri ke tempat yang selamat. keluar rumah, terus buat report polis kalau kau takut juga kena claim nusyuz, nyatakan dalam report yang kau keluar sebab nyawa diancam dan bimbang sesuatu yang buruk berlaku.

insyallah kau ada kes yang kuat untuk elakkan dakwaan nusyuz. well, nusyuz tu kena dipohon di mahkamah. kalau hakim dah tengok fakta kau macam ni, dia tenung je muka suami tu macam nak telan. nusyuz part dia memang dia tak perasan. nanti mahkamah agung kat mahsyar nanti kau biar di jawab.

part macam ni, aku tak faham kenapa perempuan tak sampai hati. babe, kau kena belasah tau. bukan kena belai. part mana yang buat kau tak dapat fikir waras? pfttt. marah betul madam dengan kaum madam yang dungu dek cinta macam ni. stop it girls. kita bukan hidup untuk jadi punching bag lelaki. kita hidup untuk jadi penyejuk di mata dan penawar di hati suami. untuk jadi teman dan untuk raih mawaddah sama-sama.

luahkan semua yang kau rasa. pada Tuhan. pada teman yang boleh dipercaya. ingat..hidup ini adalah tentang akhirat yang bahagia. macammana kau nak tuai pahala dunia kalau kau tak pernah nak bahagia. sakinah tu dah hilang. kau kena cari semula sakinah tu, walau mungkin perceraian adalah jalannya.

Notakaki: sesudu vivix pengubat letih. penat madam attend case. madam bukan kaunselor. jadi jangan marah ye kalau sesetngah kes madam suruh pergi ke unit kaunseling dan psikologi hospital berdekatan.

No comments:

Post a Comment